LOKASI seorang kanak-kanak perempuan diculik oleh seorang penunggang motosikal sebelum dirogol ketika dia hendak ke kedai runcit (kiri) di Sungai Pinang, Klang kelmarin.
KLANG - Selepas diumpan RM5 oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diculik sebelum dirogol di Sungai Pinang, Jalan Meru di sini kelmarin.Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa yang berjalan ke sebuah pasar mini tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani sepupunya berusia tujuh tahun telah dihampiri lelaki yang menunggang sebuah motosikal.Suspek kemudian menghulurkan wang sebanyak RM5 kepada mangsa sebagai upah jika kanak-kanak itu bersetuju mengikutnya.
Difahamkan, mangsa dilarikan suspek ketika dia hendak mengambil wang tersebut dan sepupu mangsa yang melihat kejadian itu terus memaklumkan kepada keluarganya.
No comments:
Post a Comment