doa harian

Thursday, May 20, 2010

facebook & youtube

Pihak berkuasa Pakistan mengarahkan supaya laman video popular Youtube juga disekat kerana memaparkan video-video yang menghina Islam bermula 18 Mei 2010.

Sekatan itu menyusul setelah pihak berkuasa mengarahkan supaya laman jaringan sosial popular Facebook disekat. Sekatan dibuat kerana pertandingan menggambarkan kartun Nabi Muhammad yang wujud dalam laman tersebut melalui "Everybody Draw Mohammed Day". Ia menimbulkan kemarahan dan protes jalanan di negara tersebut.

Youtube pernah disekat selama setahun di Pakistan pada 2007 kerana menyiarkan video-video yang bertentangan dengan Islam.
sumber-berita

No comments:

Post a Comment