doa harian

Saturday, June 12, 2010

90 sebatan empat bulan penjara kerana mencium

بسم الله الرحمن الرحيم

RIYADHl: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman 90 sebatan dan empat bulan penjara terhadap seorang lelaki yang ditangkap kerana mencium seorang wanita di sebuah pusat beli-belah.
Akhbar milik kerajaan, Al-Yom melaporkan, polis pencegah maksiat menangkap lelaki itu dan dua wanita selepas melihat perbuatan tidak bermoral mereka menerusi televisyen litar tertutup. Menurut laporan, lelaki berusia 20-an itu dilihat memeluk dan bercium dengan seorang wanita. Bagaimanapun, sehingga ini, tidak jelas apa yang dilakukan oleh seorang lagi wanita yang turut diberkas dalam kejadian itu.
Kedua-dua wanita terbabit masih belum dibicarakan. - Agensi.

No comments:

Post a Comment