بسم الله الرحمن الرحيم
MANAMA: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang wanita Ireland selepas disabitkan kesalahan membuang senaskhah al-Quran di masjid Lapangan Terbang Doha, sembilan bulan lalu.
Menurut keterangan saksi - seorang tukang cuci wanita - tertuduh terbabit memasuki masjid berkenaan dengan pakaian tidak senonoh sebelum mengambil al-Quran itu dan melemparnya ke lantai dengan alasan, tiada larangan mengenainya disebut dalam kitab berkenaan.
Ketika dibicarakan, tertuduh mendakwa kononnya al-Quran itu terjatuh dari tangannya. - Agensi

No comments:
Post a Comment