Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Akhlak & Islam

بسم الله الرحمن الرحيم




Akhlak mencorak tingkah laku

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".

Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.

Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan

Neraca akhlak yang sebati di dalam

DO & don't ~ Muslimat

بسم الله الرحمن الرحيم
Tahukah~~~~~~
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

Tuesday, March 13, 2012

taharah-doa selepas wuduk

بسم الله الرحمن الرحيم




Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi) 

Pulang ke jalan lurus...

بسم الله الرحمن الرحيم


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.



Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

Saturday, May 21, 2011

Sunday, December 5, 2010

bertudung

بسم الله الرحمن الرحيم


Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.
Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.Hukum Memakai Hijab
Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:
1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
2. Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)
Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

Monday, July 26, 2010

Syaaban yang MUBARAK...

بسم الله الرحمن الرحيم

Fadhilat Bulan Syaaban

     Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: 


  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sunday, July 25, 2010

ZIKIR SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT BUKAN BID’AH?

بسم الله الرحمن الرحيم
ZIKIR SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT BUKAN BID’AH?
Oleh:
Dr. Asmadi Mohamed Naim
Universiti Utara Malaysia
asmadi@uum.edu.my

Polemik bid’ah semakin menular di tengah-tengah masyarakat. Tidak dapat dinafikan wujudnya amalan-amalan bid’ah yang subur di kalangan mereka. Antaranya ialah ketaksuban seseorang kepada Syeikh-nya dan menolak pandangan dari pihak yang lain. Bahkan ia juga membawa kepada ‘mendoktrin’ pengikut memuja syeikh-syeikh dengan diwar-warkan kehebatannya.

Thursday, June 3, 2010

7SunnahRASULULLAH yang perlu diamalkan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :
Solat Tahajjud

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Sunday, May 23, 2010

REnungan-fahami AlFathihah


DOA terkadang tidak serupa minta, minta lain tapi buat lain, malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta dan sebut "amiin".

Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, "amin" tidak tahu dan faham apa yang imam berkenaan baca.
Doa sebenarnya permintaan, ia perlu difahami kemudian baru ia dapat masuk ke dalam hati.
Kalau main minta atau main angkat tangan saja tetapi tidak memahami apa-apa isi kandungan doa berkenaan ia dianggap sebagai bermain-main ketika berdoa.

Sudah berpuluh tahun kita meminta perkara sama tetapi masih tidak dapat-dapat. Sebenarnya, bukan Allah tidak perkenankan tetapi kita sendiri hanya pandai meminta tetapi tidak pandai mencari.
Minta tetapi tidak mencari sama halnya dengan berangan-angan. Antara yang wajib kita minta setiap hari adalah ayat "ihdinassiratal mustaqim" yang dibaca 17 kali setiap hari.

Maksudnya adalah tunjuklah kami jalan yang lurus. Kita wajib membacanya setiap kali sembahyang. Besarnya makna doa ini adalah ia tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah terlebih dahulu.
Bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Doa ini tidak didahulukan ia, melainkan setelah kita berikrar mengaku sebenar-benarnya bahawa hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.

Setiap hari minta "jalan yang lurus" tahukah kita apa jalan yang lurus itu? Kalau tidak tahu kena belajar dan membaca. Jalan yang lurus itu sangat penting.

Setengah remaja hanya tahu jalan betul saja, jumpa jalan betul terus merempit. Orang Palestin mati di jalan Allah tetapi kita mati di jalan betul.

Kalau kita perhatikan sebaik saja meminta jalan yang lurus, "ihdinassiratal mustaqim" Allah mentafsirkan jalan lurus itu adalah Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang yang terdahulu. Siapakah orang-orang ini?

Mereka adalah Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia' . Apakah itu nikmat? Itulah nikmat Iman, Islam dan Ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus.

Rasul, Nabi, sahabat dan Aulia melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus inilah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah. Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah ini, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah.

Itulah dia jalan orang yang Allah dimurkai dan jalan orang yang sesat yang tidak mempercayai Allah seperti Namrud dan Firaun.
Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah. Jalan orang yang sesat pula adalah Yahudi dan Nasrani (kristian).
Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui itu adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan.

Saturday, May 22, 2010

7 manfaat


  1. Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

  2. Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

  3. Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.

  4. Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.

  5. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah

  6. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.

  7. Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

Wednesday, May 5, 2010

PERKARA BIASA part2...

PERKARA BIASA bila tiap-tiap hari Jumaat ..orang lelaki bal;igh pi sembahyang JUmaat,sebelum azan pertama,......tapi banyak yang dok melepak di shopping komplek,taman bunga restoran cina,coffe house...?buat tak der mende jer...???tak tau hukum ke?mat bangla,mat indon ramai pulak dat masjid???
PERKARA BIASA bila time nak senja anak-anak masuk rumah,mandi ,siap-siapkan diri nak solat di masjid,surau,rumah....tapi kebanyakan main bola,sepak raga,pasar malam,melepak kedai kpopi,arked game kuda loongkang,pusat snooker,mcmmcm lagii.....tonton senetron....tak tau ke..?
PERKARA BIASA bila pakao baju melayu,kain pelekat.berketayap,berkopiah,berserban,...anda akan dicop kolot,ketinggalan zaman,not trendy....lain la kalau pakai seluar pendek,baju jarang,rantai,gelang emas,nak singgah sembahyang tahyyatul masjid pun tak boleh..pompuan pulak,kain tak cukup,baju diluaskan bagi nampak lurahan,seluar ketat,nampak bentuk  celahan...baju jrang shape body bra transpherent...trendly look..
PERKARA BIASA bila seorang bapak boh penampar bila dapat tau anaknya llaki ke?pompuan ke.balik rumah jam 3 pagi...tapi anda akan didakwa mendera kerana melanggar hak asasi kebebasan manusia..BERAT ni...kena cakap baik-baik kat anak yang pulang rumah jam 3 pagi,"baru balik yeaa,penat yeaa,..kesian...terhoyonghayang ni...meh buka kasut...lain kali jangan balik lewat SANGAT,pkul 12,1 pagi OK la...kao nak release tension..."......kan AlQuran itu sebaik-baik ubat penawar duka...
PERKARA BIASA bila dah tua,dewasa pun dok belajar mengaji AlQuran.....hari-hari baca surah ALFatihah....apabila diajak kekawan untuk pergi belajar mendalami ilmu tajwid...walaupun baru, dan hari-hari bacaan alfatihah..."kebanyakan orang menganggap  mereka dah pandai baca surah ALFATIHAH,cuba tenung dan dengar betul-betul bacaan Qari ...jauh beza...jangan ambil mudah.   alFatihah adalah doa...bacaan yang salah akan dilaknat malaikat dan surah tersebut...sebaliknya bacaan yang betul dari segi makhraj,fashohah,hukumtajwidnya...dan bacaan penuh tawadduk....akan diberkati...hai tengok aje pun dapat pahala...malah baca,cari tafsir,maksud...lagi le...

**Banyak lagi nak cerita nih...poning dah den***

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer