Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Hubungan Baik

بسم الله الرحمن الرحيم


Islam amat mementingkan hubungan baik sesama manusia. Setiap individu perlu menjaga tingkah laku dan kata-kata mereka. 

Perbuatan mencaci, mengherdik atau menghina antara manusia amat dilarang dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim”(Al-Hujurat : 11).

Islam menganjurkan

DO & don't ~ Muslimat

بسم الله الرحمن الرحيم
Tahukah~~~~~~
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

Tuesday, April 9, 2013

Dakwah 1

بسم الله الرحمن الرحيم



Dakwah dapat membantu manusia dalam melaksanakan berbagai ibadah atau syariat kepada Allah SWT. Sebagai seorang juru dakwah, tugas utama yang perlu ia lakukan adalah mengajak atau membantu manusia menjalankan segala perkara yang di suruh oleh Allah dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah.

Tuesday, March 13, 2012

Pulang ke jalan lurus...

بسم الله الرحمن الرحيم


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.



Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

KOToRan hati...

بسم الله الرحمن الرحيم


Sangat sukar bagi setiap manusia untuk membersihkan kekotoran hati ini, kerana ia tidak boleh dicuci dengan sabun, peluntur atau pun berus, kerana kotoran rohani ini letaknya di dalam hati manusia. Di antara kotoran rohani ialah seperti sentiasa melakukan dosa, suka kepada maksiat, hasad dengki, tamak, dendam, bangga diri dan sebagainya. Kekotoran seperti ini boleh menyebabkan manusia diseksa oleh Allah sepertimana firmanNya :
“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)

Tuesday, November 22, 2011

Perlukah?Patutkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Masalah sosial ini tidak akan selesai selagimana kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam sahaja yang mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan. Ini juga telah ditegaskan oleh Syeikh Sayyid Al-Qutb dengan mengatakan bahawa Islam sahajalah wadah yang mampu untuk memberikan keadilan sosial bagi umat sejagat. Firman Allah SWT yang berbunyi :

 “Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)

Mari kita renung dan selidiki kalam Allah di atas ini, jelas bahawa Agama Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk mencegah dan merawat masalah sosial ini. Untuk memastikan formula ini berkesan, maka para pendakwah hendaklah menyusun strategi yang baik untuk mengatasi masalah sosial ini. Para pendakwah perlu mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif untuk melaksanakan segala dakwahnya. 

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer