Dakwah dapat membantu manusia dalam melaksanakan berbagai ibadah atau syariat kepada Allah SWT. Sebagai seorang juru dakwah, tugas utama yang perlu ia lakukan adalah mengajak atau membantu manusia menjalankan segala perkara yang di suruh oleh Allah dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah.
Perkara yang paling awal perlu dilakukan oleh para pendakwah ialah berusaha memberikan kefahaman tentang agama Islam kepada seluruh masyarakat. Kalau mereka semua faham akan hakikat kejadian manusia sebagai hamba Allah, maka mereka sendiri akan sedar dari segala kesilapan atau kelemahan yang telah dilakukan oleh mereka. Mejoriti masyarakat Islam sekarang ini tidak faham dan tidak tahu hakikat sebagai seorang muslim, mereka sering terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang bercanggah dengan prinsip Islam. Ada juga diantara mereka beranggapan Islam ini cukup sekadar solat lima waktu, berpuasa, mengerjakan haji dan mengeluarkan zakat sahaja. Mereka juga beranggapan bila sudah buat semua ini, mereka sudah terlepas dari tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah. Sebab itulah kefahaman Islam itu perlu diterapkan kepada mereka. Bila mereka sudah faham, maka usaha dakwah itu menjadi mudah dan berjaya mencapai tujuannya yang utama iaitu membantu manusia melaksanakan segala syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya.
Mengajak manusia mengenali Allah dan Rasul adalah menjadi kewajipan utama para pendakwah. Setiap pendakwah mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan segala perkara yang berkaitan dengan syariat Islam, mereka juga tidak boleh mengambil sikap sambil lewa ataupun cuai melainkan mereka mempunyai iman yang lemah sahaja. Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal apa yang dipimpinnya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Perkara pertama yang perlu diketahui oleh umat Islam ialah Islam, Iman Dan Ehsan. Ketiga-tiga perkara ini menjadi asas yang penting dalam diri umat Islam. Jika seseorang Islam kurang salah satu dari tiga asas utama syariat Islam ini, maka ia belum lagi menjadi seorang muslim yang kamil. Harus diketahui oleh para pendakwah, usaha yang paling utama menyedarkan masyarakat tentang kepentingan melaksanakan syariat Islam. Jika mereka gagal melaksanakannya, sudah pasti mereka tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.
No comments:
Post a Comment