Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, March 28, 2013

pisang..hati

بسم الله الرحمن الرحيم


TAZKIRAH .
TAJUK : PISANG DAN HATI…. 

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

               Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

              Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Maryam.

              Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu'beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!! 

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• KAMU tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan  untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan 

INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORANG TERANIAYA SELALU NYA DIMAKBULKAN….. 


"Warnakan diri dengan keikhlasan..lukiskan diri dengan senyuman. Gambarkan wajah dengan kemuliaan. Lakarkan budi dihati dengan kesucian" 

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer