Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Showing posts with label maklumam. Show all posts
Showing posts with label maklumam. Show all posts

Friday, April 12, 2013

SILATURRAHIM

بسم الله الرحمن الرحيم




Setiap Muslim mesti memahami Islam sangat menitik beratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang di dalam Islam.

Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-Hujurat ayat 10).

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).

Wednesday, March 9, 2011

Semakan status Permohonan PPG PJJ KPM..09.mac.2011

بسم الله الرحمن الرحيم
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka laman/portal bagi Ketua Jabatan membuat sokongan dan pengesahan kepada calon-calon dari Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Proses Sokongan dan Pengesahan ini akan dijalankan mulai 12 Januari 2011 – 26 Januari 2011 melalui laman web berikut.

Mulai 12 Januari 2011 (esok) juga calon-calon PPG boleh mula menyemak status sama ada permohonan mereka telah disokong atau belum oleh Ketua Jabatan masing-masing di laman Aplikasi Permohonan PPG . Sila klik LOG MASUK di sebelah kanan untuk mengetahui status PERMOHONAN masing-masing.
Jika belum mendapat sokongan dan pengesahan sila maklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing, manalah tau mereka terlupa.
Semakan Status permohonan ini boleh disemak sehingga 03 Februari 2011. Jadi jangan tunggu last minit baru nak check. Nanti Ketua Jabatan tak sempat nak buat sokongan dan pengesahan kerana berdasarkan Panduan Sokongan dalam Talian yang disediakan oleh KPM dalam bentuk Powerpoint tu, banyak benda juga yang perlu diisi oleh Ketua Jabatan. Rajin-rajinlah bertanya dengan Ketua Jabatan masing-masing agar tidak terlepas peluang mengikuti PPG Ambilan Mac 2011.

Bookmark It

semak di laman web rasmi KPM/moe.gov

Tuesday, March 8, 2011

Semakan Kemasukan PPG PJJ KPM UPSI

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk sesiapa yang berkenaan...
dapatan :   
http://www.upsi.edu.my/

PERINGATAN


Calon yang menerima SMS PPG PJJ UPSI tetapi BUKAN GURU (tidak memiliki sijil/diploma perguruan), sila emel nama dan No.K/P anda ke nasrull@upsi.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dengan SEGERA!!!
MAKLUMAT TERKINI:

1. Maklumat-maklumat berikut HANYA akan mula dipaparkan dan dihebahkan mulai 13 Mac 2011 (Ahad). Maklumat-maklumat tersebut adalah:
  • a. Status berjaya/tidak berjaya ditawarkan
  • b. Opsyen/Program yang ditawarkan
  • c. Tarikh dan tempat pendaftaran
  • d. Surat Tawaran
2. Sebarang maklumat tentang modul, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan Jadual Kuliah akan dimaklumkan pada sesi taklimat pada hari Pendaftaran Pelajar PPG PJJ UPSI. (Jangkaan tarikh mendaftar 19 dan 20 Mac 2011)

3. Surat tawaran hanya akan dikeluarkan secara atas talian (online) sahaja.

4. Bagi calon yang tidak mendapat sms/ tidak mendapat maklumat mengenai tawaran ke mana-mana IPTA/IPG, sila lawati URL ini pada 13 Mac 2011 (Ahad) untuk semakan jaya. Anda tidak perlu menghubungi (menelefon) pihak kami sebelum sampai tarikh semakan.

5. Bagi calon yang telah menghantar salinan sijil/diploma perguruan, kami pohon supaya tidak menghubungi (menelefon) kami buat masa ini. Semakan akan dibuat oleh pihak kami dan kami akan menghubungi anda sekiranya perlu.

6. Untuk memudahkan anda, sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan dengan PPG PJJ UPSI, sila gunakan kemudahan ChatBox yang disediakan di laman web ini. Sebarang pertanyaan dan aduan melalui telefon agak sukar dipenuhi memandangkan terlalu ramai calon yang menelefon secara serentak dari seluruh negara.

7. Sebarang berkaitan tentang Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI, sila hubungi:

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok E13, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No.Tel : 03-88841234/1245/1260 dan
(u.p. : Unit Peningkatan Akademik)
No. Tel: 03-88841323/1223
 

MAKLUMAN SEMAKAN JAYA KE PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PJJ KPM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI adalah seperti berikut:

  • Menghantar satu (1) salinan Diploma Perguruan/Sijil Perguruan yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sekolah tempat bertugas sekarang
  • Cara Penghantaran :
    • Memandangkan tempoh pendaftaran yang semakin hampir (19 Mac 2011), dokumen Diploma Perguruan/Sijil Perguruan berkenaan hendaklah diimbas (scan) dan dihantar melalui emel ke akademik@upsi.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk menjimatkan masa.PERHATIAN : Sila namakan fail dokumen yang telah diimbas seperti berikut :
      nama (no K/P)
      Contoh: Ahmad Hafiz (770821083214)
  • Tarikh Hantar :
    • Dokumen Diploma Perguruan/Sijil Perguruan yang telah diimbas (scan) dan dihantar melalui emel hendaklah dibuat pada atau sebelum 10 Mac 2011 (Khamis). Dokumen ini sangat penting sebagai rujukan silang UPSI terhadap calon-calon yang ditawarkan oleh BPG, KPM. Kegagalan calon menghantar salinan dokumen boleh memberi kesan terhadap status tawaran kemasukan ke UPSI.
  • Semakan Status Jaya Tawaran ke UPSI :
    • Calon Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI dipohon menyemak status jaya tawaran kemasukan di sini (pautan web akan disediakan) mulai 13 Mac 2011 (Ahad) untuk mengetahui status berjaya/gagal ditawarkan tempat di UPSI.

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer