Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, April 24, 2010

ponteng lagi...jangan tak ponteng???

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan dua yang ponteng sekolah bersama lima rakannya, ditemui mati dalam sebuah gaung di kawasan berbukit di Telok Lalang, Sungai Batu Pahat, dekat sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mayat Mohd Ridzuan Baharom, 14, yang parah di bahagian muka dan kepala, ditemui polis tersangkut pada pokok pukul 12.30 tengah malam tadi.
Abdul Rahman berkata, pelajar itu yang menuntut di sebuah sekolah menengah di Abi di sini, disedari hilang oleh keluarganya setelah tidak pulang ke rumah pukul 6 petang semalam, dan kakak Mohd Ridzuan membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 7 petang.

 

Tua...tak sedar?

KLANG – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 26 tahun dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tujuh tuduhan merogol remaja bawah umur yang dikenalinya menerusi telefon, dua tahun lalu.
Bagi tiga pertuduhan pertama yang didakwa dilakukan antara 29 dan 31 Mac 2008, Zalida memerintahkan tertuduh dihukum penjara 13 tahun dan enam sebatan.
Bagi empat pertuduhan melibatkan perbuatan antara 1 dan 4 April 2008, tertuduh dihukum penjara 13 tahun dan lapan sebatan.

Ketika kejadian, mangsa berumur 14 tahun empat bulan.
Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman lebih ringan.
“Saya pohon budi bicara mahkamah meringankan hukuman kerana saya ada anak kecil yang bersekolah, isteri hanya bekerja sambilan dan sukar untuk menyara anak-anak,” katanya.
Roslan didakwa merogol mangsa di rumah kosong di Taman Desa Jenderan Hilir, Sepang, dekat sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

ehk eleh..tu pun nak merajuk..koman

KANGAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis berjaya memujuk seorang pelajar lelaki daripada terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya di sini hari ini.

Pelajar tingkatan dua itu, yang dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas kematian bapanya kira-kira sebulan lalu, cuba terjun daripada bangunan itu pada sebelah pagi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa sejam memujuk pelajar itu.

Katanya, pasukan itu menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan pelajar terbabit sebelum menyelamatkannya kira-kira pukul 12 tengahari.

Hikmah sujud didalam solat!

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Friday, April 23, 2010

Don't bet..

Lenovo has reportedly emerged as the leading candidate to buy Palm after HTC bowed out, but would the Chinese PC maker really pull the trigger? Logic dictates that Lenovo is an unlikely savior.
Reuters is reporting that Lenovo is in the running for Palm, which is up for sale as it tries to avoid a death spiral. Lenovo emerged as a likely buyer after HTC bowed out of the running. Reuters cites investment bankers who say Lenovo "is looking into" buying Palm. Lenovo would allegedly pay $1.3 billion or so for it.
But here's the problem: anyone who hangs around the tech industry for more than an hour or two realizes investment bankers will tell you anything. After all, these bankers are trying to sell Palm.
Read more of "Don't bet on Lenovo saving Palm" at ZDNet's Between the Lines.

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer