Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, February 12, 2013

sedar tak sedar....

بسم الله الرحمن الرحيم



terpanggil untuk buat post ni...
budak2 melayu/islam pakat dok "like" post dari syarikat arak...promosi arak pun dia orang 'like'.....ape jahil sangat ke budak2 ni...

Ayat-Ayat Allah S.W.T tentang larangan meminum arak dalam Surah 

Baqarah pada Ayat 219.

"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar [136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, " ShodaqALLAHul'Azim.

[136]. Segala minuman yang memabukkan.

Lagi dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 90 hingga 91. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). " ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ..

...........................

Adhdhahhaah berkata: "Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk." Said meriwayatkan dari Qatadah berkataRasulullah s.a.w. bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:
  • Orang bakhil (kedekut)
  • Orang yang mengungkit pemberiannya
  • Orang yang tetap minum khamar
  • Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya
    Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:
  • Yang memerah
  • Yang minta diperah
  • Yang minum
  • Yang memberi minum
  • Yang membawa
  • Yang menghantar
  • Yang membekal
  • Yang menjual
  • Yang membeli
  • Yang menyimpan
                        Juga Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."


YANG 'LIKE' iklan arak dalam FB pun kita shubhahat jugak tau tak????
antara imej jenama arak yang mungkin dah like...yang pakai baju bola...ada jenama arak....melekat kat dada....



.ni kat bawah ni saya tunjuk sikit gambar logo syarikat arak,yang berselindung dan promosi majlis amal,acara2 kat Malaysia ni.....perasan ke tak perasan....BANYAK LAGI ACARA AMAL YANG GUNA JENAMA BEER/ARAK/

 




 






Wednesday, January 23, 2013

Bangsa kafir di akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم

Adalah kemestian bahawa manusia dan makhluk yang lain akan dibangkitkan pada hari kiamat, dihisab amalannya, dan kemudian dimasukkan ke syurga dan neraka. Semua itu terjadi nanti setelah kiamat di akhir zaman. Mengenai hal itu, masih ingat dengan peristiwa Isra 'Mi'raj yang dialami Rasulullah? Ya, Rasul diperlihatkan langsung oleh Allah dengan penghuni-penghuni syurga dan neraka.

Dalam hadis sahih mengenai Isra 'Mi'raj, kita temui kisah Rasulullah shalallahu' alaihi wa sallam melihat pelbagai pemandangan penduduk syurga dan neraka. Lalu selepas peristiwa Isra 'Mi'raj, apakah sekarang ada penghuni neraka dan syurga sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah ribuan tahun lalu?

Menangis kerana kasihkan ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"
Seperti dilaporkan dari laman Al-Sofwa satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan disebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama hanya satu orang dari sepuluh yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).

Ahli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.

Rahsia dan khasiat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

بسم الله الرحمن الرحيم


Sudah menjadi adat kepada kita sebagai umat Islam iaitu apa saja pekerjaan yang ingin kita lakukan hendaklah dimulai dengan ucapan 'Bismillah' yang bermaksud, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kalimah itu wajar diucapkan supaya kita mendapat berkat di samping memohon perlindungan Allah dari sebarang ancaman bahaya. Pengucapan kalimah ‘Bismillah’ ini hendaklah diresapkan ke dalam hati sewaktu mengucapkannya kerana Allah melihat hati manusia, bukan apa yang diucapkan tetapi apa terniat dalam hatinya. Ianya juga ampuh berdepan dengan kekuatan iblis dan syaitan. Kalimah itu bukan saja dapat menakutkan iblis dan syaitan, bahkan mengecilkan pengaruh, kekuatan, sekali gus mengecilkan gangguan mereka kepada umat Nabi Muhammad SAW. Antara cara dan rahsia menyebut kalimah 'Bismillah' ini ialah:

Lafaz: Bismillahirrahmanirrahiim

Diantara rahsia khasiatnya :

Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali siuman.

Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.

Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk,

perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.

Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T’.

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Ayat Ruqyah

بسم الله الرحمن الرحيم



Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer