Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, May 7, 2010

Pembangunan yang tak perlukan ulama....???????


Salam bahagia dan salam gembira dari saya kepada anda semua.
Rasa terkilan apabila masyarakat sekarang ini meminggirkan orang agama dan beranggapan bahawa orang agama ini hanya sekadar baca doa, imam masjid, khalifah Yassin dan Tahlil dan sebagainya. Sering didengari di mana-mana tempat ulamak dan orang agama dihina dan dicaci, kononnya orang agama tidak tahu cakap inggeris, tidak tahu pentadbiran, tidak tahu teknologi, tidak tahu bermasyarakat, tolak pembanggunan dan banyak lagi. 
Sedih betul saya, apabila ulamak dan orang agama dihina dan dianggap kuno dan tidak sesuai bercakap pada zaman ini. Masyarakat sekarang ini mengatakan hebat dan bertamadun bagi orang berkelulusan luar negara, kelulusan doktor (medic), kelulusan undang-undang, kelulusan bisnes dan sebagainya. 
Mereka menganggap lekeh dan hina orang yang berkelulusan Azhar, kelulusan Pengajian Islam, Kelulusan Syariah, Kelulusan Usuluddin dan sebagainya. Orang agama atau ustaz dan ustazah ini tidak diperlukan untuk pembanggunan negara, tidak diperlu di dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh dapat dilihat sekarang ini seperti kebanyakkan ibu dan bapa tidak mempunyai keinginan langsung untuk menghantar anak mereka ke Pengajian Islam, ada ibu bapa apabila anak masuk sahaja tahun 6 sekolah rendah diberhentikan anak tersebut dari sekolah arab (agama) dengan alasan anak tersebut perlu tumpu 100% untuk UPSR.
Inilah yang dinamakan masyarakat sikular mengasingkan agama dan dunia, menganggap Pendidikan Islam ini tidak penting dalam didikan anak-anak mereka.

Ustaz dan ustazah tidak penting dalam keluarga mereka, ustaz dan ustazah hanya menjadi tukang membaca doa dan imam di masjid sahaja. Inilah kesalahan dan inilah yang dinamakan munafik dan fasik, kerana meminggirkan Islam dibelakang dan menganggap Islam itu hanya doa, solat, tahlil, kahwin, bercerai dan Islam tidak sesuai untuk pentadbiran, Islam tidak sesuai untuk perlembagaan, Islam tidak moden dan sebagainya.

1 comment:

  1. sedih.... nak carik menantu kelulusan al-azhar.heheheh

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer