بسم الله الرحمن الرحي
SHAH ALAM: Akibat merompak RM50 warga Bangladesh dengan bersenjatakan kayu dan pisau, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hakim Sharina Ali Pitchay menjatuhkan hukuman itu terhadap E Sakawanan, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil.
Mahkamah juga memerintahkan hukuman itu berjalan dari tempoh dia ditangkap iaitu 30 April tahun lalu.
Bapa kepada tiga anak itu dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas merompak RM50 daripada Mohammed Pervez, 29, menggunakan pisau dan kayu, pada jam 3. 40 pagi, 24 April tahun lalu.
Ia didakwa dilakukannya di rumah nombor 9, Blok G, Apartmen Jalan Semarak, Bukit Beruntung, dekat sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak memiliki pekerjaan tetap itu didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. م
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment