Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Monday, July 5, 2010

tanda-tanda ??

بسم الله الرحمن الرحيم
 

  1. Pemerintah-pemerintah terdiri daripada orang yang tidak lagi mementingkan agama dan penyebarannya. Mereka hanya pentingkan harta kekayaan.
  2. Orang jahil bercakap mengenai agama sedangkan orang alim diam membisu.
  3. Manusia tidak segan silu melakukan zina secara terangan.
  4. Kejahatan dilakukan sewenang-wenangnya sedangkan kebaikan dijauhi sekali.
  5. Orang keturunan miskin dan hina akan menjadi kaya raya dengan mendirikan bangunan bangunan yang tinggi.
  6. Banyak berlakunya pergaduhan, perkelahian dan peperangan di antara umat manusia di alam ini.
  7. Banyak berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar dan sebagainya.
  8. Perempuan lebih ramai daripada lelaki
  9. Negeri yang kecil dikenali seluruh dunia.
  10. Wujudnya bangunan-bangunan pencakar langit.
Tanda-Tanda Akhir Atau Besar
  1. Lahirnya Dajjal yang merosakkan agama.
  2. Hapusnya al-Quran daripada mashaf.
  3. Turunnya Imam Mahdi.
  4. Turunnya Nabi Isa a.s. membela kebenaran.
  5. Keluarnya binatang yang dapat bercakap seperti manusia.
  6. Keluarnya asap tebal dan menyelubungi bumi ini selama 40 hari.
  7. Runtuhnya kaabah.
  8. Matahari terbit di sebelah barat.
  9. Bulan dan matahari berlanggaran di antara satu sama lain
Renungan
Kawan-kawan yang dihormati sepertimana yang telah kita ketahui bahwa banyak petanda-petanda kiamat yang Allah tunjukkan kepada kita sekarang. Ini semua mengambarkan dunia sekarang berada dihujung kemusnahan (kiamat) yang akan meleraikan dunia ini seperti kabus-kabus berterbangan di awang-awangan sehingga kita tidak menghiraukan harta benda, anak-anak, isteri-isteri kita dan sebagainya, kerana waktu itu manusia berlari untuk menyelamatkan diri dari kemusnahan yang berlaku. Kawan-kawan sekalian marilah kita bertaubat dengan semua kesalahan yang telah kita lakukan di dunia ini, kerana pintu taubat Allah masih terbuka dengan luasnya untuk kita bertaubat dengan taubat nasuha (taubat dengan azam tidak akan melakukan lagi kejahatan).

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer