بسم الله الرحمن الرحيم
Menerangkan adab dalam kehidupan pelajar
Penerapan nilai-nilai murni dalam diri seperti amalan berdisiplin, adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Ini kerana, pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada 2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat dan mengemaskini lagi pengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapai matlamat dalam melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Iman dan taqwa yang kukuh sebagai benteng ketahanan diri.
menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai pedoman hidup.
Mengamalkan tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah bagi memenuhi tanggungjawab ibadah.
Berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya.
Hanya menerusi iman dan taqwa yang mantap sahaja dapat mengawal diri pelajar daripada gejala negatif. Ini bermakna, adab dan akhlak Islam mesti menjadi induk utama kepada nilai-nilai materialisme, sekularisme dan sainstisme.
Tuntutan Islam juga menyeru umatnya berdakwah iaitu saling nasihat-menasihati mengikut kemampuan masing-masing bagi menjauhkan perkara keji daripada berlaku dalam masyarakat berikutan daripada pengaruh persekitaran atau budaya luar.
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
bagus banget postingan anda... mantabb
ReplyDelete