Renungan :
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. * (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” * Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Pengenalan secara ringkas buat pengisian kali ini ; Musibah bermaksud bencana, celaka, malapetaka yg menimpa seseorang. Manakala Kafarah itu ialah penutup kesalahan (dosa).
[rujukan Kamus Dewan]
Seorang muslim yg mukmin (beriman) akan selalu tenang dan ber'husnu dzon' (bersangka baik) dgn Tuhan dalam menempuhi kehidupannya di atas muka bumi ini. Walaupun dia ditimpa pelbagai musibah dalam kehidupannya, dia tetap akan bersabar dan bermuhasabah kerana dia akan menganggap musibah itu adalah kafarah atas apa yg telah atau pernah dia lakukan pada masa silamnya.
Berasa susah jugaklah aku nak kongsikan entri ini, aku merasakan tidak layak utk berbicara tentang ini. Sebanarnya diri aku pon belum sampai ke tahap 'redho' atas ujian dariNya. Terkadang diri akan mengeluh juga. Merasa 'tak puas hati' dgn apa yg Dia tentukan utk diriku padahal sering sangat aku melakukan maksiat kepadaNya. Allah.. Allah..
"Kenapalah Tuhan uji aku begini dan begini..?" soal diriku.
Bersyukurlah kita wahai sahabat..! Dia menguji kita itu utk mengampunkan dosa kita juga. Jangan kita cepat berburuk sangka, mencaci maki dan sebagainya. Ingat..! Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengampun serta segala-galanya. Bersamalah kita berusaha menjadi hamba yg pandai mempraktikkan erti kesyukuran itu. :-)
WaAllahu a'lam, Wassalam.
No comments:
Post a Comment