Wahai adik-adikku, gadis dan wanita muda sekelian,
Terdapat beberapa perkara perlu diambil perhatian:-
1. sekalipun kita mungkin merasakan diri sebagai wanita moden dan kosmopolitan, janganlah sekali-kali kita memperkecilkan larangan wanita bermusafir bersendirian. Sesungguhnya larangan itu adalah dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam lafaz yang jelas seperti direkod dalam hadith yang sahih.
2. Kini banyak kes gadis-gadis muda dianiaya ketika mereka keluar berseorangan atau tinggal berrsendirian. Didera atas nama cinta. Tertipu dan diperdaya kemudiannya ...., lalu ditinggalkan begitu sahaja. Janji tinggal janji. Ada yang dirogol dan dibunuh dengan kejam. Cinta tidak berbalas memarakkan api dendam. “Jika aku tidak dapat, tiada lelaki lain yang akan dapat”.
3. Ada yang dirosakkan oleh teman lelaki. Ini berlaku walaupun diuniversiti. Asalnya nak jumpa bersama untuk ‘study’. Mula-mula kat library lepas tu tempat sunyi. Asyik berjumpa, mula nak sentuh, nak meraba. Akhirnya... berlaku zina atas alasan suka-sama suka. Yang Perempuan suka, yang lelaki suka , syaitan lagi suka!
4. Bila dah mengandung, perempuan menyesal tak sudah. Lelaki jadi gelabah. Akhir kedua ditimpa bala. Hidup dalam ketakutan ... macammana nak sorok perut yang semakin mengembung. Pastu nak buat apa anak yang dikandung... Akhirnya ... dari satu kesesatan ke satu kesesatan ... anak yang baru lahir, nyawanya ditamatkan. Dari ‘martabat’ penzina ke ‘maqam’ pembunuh.
5. Syaitan senyum bangga, seorang lagi, atau dua lagi manusia dijauhkan dari syurga.
6. Walaupun begitu, kita bersyukur atas terdapatnya dua pandangan berbeza. Pendapat kedua yang memberi keringanan bermusafir sendirian, bersyarat jaminan keselamatan telah memudahkan. Bersesuaian dengan manusia akhir zaman, mahu yang mudah, cepat dan ringan, dalam urusan ibadat dan amal kebajikan, tetapi mengimpikan makanan terlazat, bidadara tercantik, mahligai terbesar di syurga sebagai ganjaran.
7. Namun ingat, jangan diambil pandangan kedua atas sebab keringanan lalu mengabaikan syarat yang ditetapkan. Itu tanda penyelewengan, tiada kejujuran. Maka, kalau kita sependapat dengan pandangan kedua, atau kita memilih pandangan kedua, kita mesti berusaha keras dalam memastikan keselamatan anak-anak perempuan dikala mereka keluar bermusafir bersendirian atau sekalipun mereka bermusafir bersama satu atau dua teman perempuan. Risiko terdedah kepada jenayah pada hari ini adalah tinggi dan merisaukan. Begitu juga sekiranya mereka terpaksa tinggal bersendirian atau bersama satu atau dua kawan perempuan, jauh dari rumah dan kampung halaman, langkah penjagaan keselamatan perlu diutamakan. Kalau tiada keperluan, janganlah kaum wanita dibenarkan keluar bermusafir bersendirian atau tinggal berjauhan.
8. Maksud dan kepentingan hadith ini sangat perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan, masyarakat dan khususnya ibubapa sendiri agar mereka dapat membuat perancangan yang teliti berkaitan dengan keselamatan kaum perempuan khususnya yang terpaksa tinggal berjauhan dengan ibubapa dan keluarga seperti pelajar-pelajar perempuan yang tinggal di asrama sekolah, asrama pusat pengajian tinggi, asrama pekerja-pekerja industri, apalagi yang belajar diluar negeri dan lain-lain lagi.
9. Kerisauan mengenai umat Islam pada hari ini ialah terdapat amalan-amalan bukan sunnah yang diterima kerana telah menjadi kebiasaan sejak sekian lama, sehingga yang tidak berbuat begitu pula dianggap pelik dan asing, sedangkan kadangkala yang asing dan pelik itulah yang menepati sunnah.
10. Setiap keluarga umat Islam mesti kembali sensitif dengan kehendak hadith ini. Sebolehnya pendapat pertama diamalkan. Sekiranya terlalu sukar berpegang dengannya atau terdapat keperluan yang memaksa, amalkan pendapat kedua, pastikan syarat keselamatan terlaksana. Janganlah menjadikan pandangan kedua, sebagai alasan untuk bersuka-suka, untuk memanjangkan langkah dan meluaskan kebebasan anak perempuan kita.
Juga jangan salah faham maksud perkataan ‘keselamatan’! Keselamatan bukan sahaja dari gadis-gadis ini diganggu atau dirosakkan oleh sesiapa pihak yang jahat... tetapi keselamatan dari godaan nafsu jahat diri mereka sendiri. Ini hanya berkesan dengan pendidikan akidah Islam.
Sebagaimana kita selalu berdoa ‘Ya Allah lindungilah aku dari kezaliman manusia dan dari kezaliman diri aku sendiri..”
“Ya Allah selamatkan aku dari kejahatan nafsu manusia dan dari kejahatan nafsu aku sendiri....”
Untuk melihat ‘persoalan’ penting bagi difikirkan kita semua, sila lihat ‘ending’ pada blog saya. Ia agak ‘provocative’ dan ‘sensitive!’
Hisham-ahmad.blogspot.com
[1] sila lihat bab berkaitan cinta neraka dan fitnah wanita
[2]Bukhari, Sahih Kitab Jumaat Bukhari No. Hadith 1024. Rujuk hadith lain. No 1026, 2784, 1729
[3]Bukhari, Sahih Kitab Jumaat Bukhari No. Hadith 1122. Rujuk hadith lain. No 1731, 1858
[4]Bukhari, Sahih Kitab Jumaat Bukhari No. Hadith 1024. Rujuk Hadith lain. No 1025
[5] kemusykilan
[6] percanggahan
[7]terdapat banyak riwayat hadith lain atas perkara yang sama dalam kitab hadith lain seperti Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi dan sebagainya.
[8]Al-Nawawi, Sahih Muslim bi al-Syarh al-Nawawi, 1392 H, Juz 9:103), Buku Takhrijj Hadith Realiti dan Keperluan Masyarakat Islam Nusantara. Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Fakulti Pengajian Islam UKM 2010.
[9]Al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379 H, juz 4:75, Buku Takhrijj Hadith Realiti dan Keperluan Masyarakat Islam Nusantara. Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Fakulti Pengajian Islam UKM 2010.
[10] sebab dan tujuannya
[11]zahir hadith, literal hadith. Kefahaman pada maksud yang secara zahir dibaca
[12]difahami pada konteks tertentu. Tafsiran secara golden rule. Memahami maksud disebalik perkataan zahir dengan kepercayaan itulah yang sebenarkan dimaksudkan oleh nabi.
[13]menghimpunkan, menyatukan mengharmonikan
[14]memberi pemahaman dan penghuraian secara jelas
[15]memilih pandangan atau kedudukan pendapat , pandangan atau hukum yang lebih rajih, kuat, tepat daripada lain-lain pandangan, pendapat atau hukum
No comments:
Post a Comment