Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Friday, May 28, 2010

Sindiket penipuan untuk membuang sial

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kes membabitkan sindiket penipuan untuk membuang sial didalangi sekumpulan wanita dipercayai warga China, dikesan oleh Biro Pengaduan awam MCA bagi tempoh Mac tahun lalu sehingga April lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata berdasarkan aduan yang diterimanya sepanjang tempoh itu, seramai enam mangsa berumur lingkungan 40 hingga 60 tahun yang terpedaya dengan taktik licik kumpulan itu mengalami kerugian lebih RM600,000.

Katanya, bagi tempoh tahun lalu sebanyak dua kes dikenal pasti melibatkan kerugian sebanyak RM247,557 manakala empat kes sehingga April tahun ini, mencecah sehingga RM376,746.

Menurutnya, kebanyakan mangsa mendakwa terserempak dengan kumpulan suspek itu ketika mereka baru keluar dari bank, hospital dan pasar.

“Suspek akan mendekati mana-mana mangsa yang menjadi sasarannya sebelum menggunakan modus operandi mengatakan keluarga mangsa akan ditimpa musibah atau mempunyai sial yang perlu dibuang.

“Selain itu, suspek turut menawarkan bantuan untuk memperkenalkan mangsa kepada bomoh yang boleh membuang sial selain meminta upah dalam bentuk wang tunai atau barang kemas kononnya sebagai ‘pengeras’,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, gara-gara terlalu takut, semua mangsa bertindak mengeluarkan semua wang simpanan bank sebelum diserahkan kepada suspek.

Michael berkata, sebahagian daripada mangsa pula seolah-olah dipukau sebelum mereka bertindak menyerahkan semua barang berharga milik mereka kepada suspek.

Katanya, semua suspek ini bagaimanapun menghilangkan diri selepas kejadian dan berdasarkan aduan yang diterima, kebanyakan mangsa mendakwa menjadi mangsa kumpulan suspek yang sama.

Dalam pada itu, Michael berkata, semua mangsa sudah membuat laporan polis dan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi mangsa ditipu, menunjukkan semua suspek yang terlibat terdiri daripada tiga individu yang sama.

“Selepas akhbar melaporkan berhubung perkara ini, suspek dilihat menukar modus operandi mereka dengan menyasarkan pasar raya sebagai ‘port’ baru mereka kerana kebanyakan pasar raya tidak mempunyai CCTV,” katanya.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer