Pasangan berusia 44 dan 41 tahun itu ditahan sepasu-kan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu menerusi serbuan yang dilakukan di rumah suspek kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, penahanan pasangan suami isteri terbabit dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan sepasukan anggota dan pegawainya.
Menurut Kamaruddin, hasil serbuan di kediaman suspek, polis merampas 14 ketulan dan tiga paket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis ganja seberat 967.77 gram bernilai RM4,000 dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini.
No comments:
Post a Comment