Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, June 22, 2010

penilaian dan taksiran ganti peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan pada Khamis mencadangkan supaya peperiksaan di sekolah seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dihapuskan.
Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) berkata ia perlu digantikan dengan satu sistem
penilaian dan taksiran sejurus pelajar tamat persekolahan rendah dan menengah.

"Sistem peperiksaan ini kita boleh gantikan di hujung Tingkatan Lima. Mereka akan duduki satu penilaian yang akan membolehkan mereka dihantar ke institusi pengajian tinggi sama ada untuk mendapat diploma, ijazah atau bekerja selepas tamat sekolah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Mohd Nor berkata penilaian yang sama juga boleh diguna pakai dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu layak untuk meneruskan persekolahan di sekolah berasrama penuh.

Katanya penilaian itu bukan saja perlu mengandungi soalan-soalan berkaitan pengetahuan tetapi juga mengenai sahsiah diri.

Persidangan dewan disambung pada Isnin.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer