Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, August 14, 2010

Aidil fitri..penghayatan 3

بسم الله الرحمن الرحيم


MENGHAYATI IDULFITRI
(Bilangan 111 Bahagian Pertama)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


Pada pagi Idulfitri pula disunatkan mandi iaitu berniat kerana kedatangan Idulfitri bukannya sahaja membersihkan diri tanpa disertai niat. Perkara sunat mandi ini bersumberkan hadis yang ditakhrijkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adhha.
Di samping itu adalah sunat memakai bau-baun yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku dan menanggalkan bau yang tidak sedap. Sunat juga memakai pakaian yang paling elok dari pakaian-pakaian yang dia ada dan yang paling afdhal ialah warna putih serta memakai serban.Perkara-perkara sunat ini hanya khusus bagi kaum lelaki.Manakala itu perempuan-perempuan cantik dan yang berkedudukan adalah makruh hukummnya bagi mereka datang ke masjid. Berbeza dengan perempuan tua mereka adalah disunatkan bersama-sama pergi ke masjid tanpa memakai haruman dan sebagainya. (Kitab Al-Raudhah 2:7)
Inilah pendapat mazhab Syafi‘ie tentang perempuan pergi ke masjid. Walaupun di sana ada hadis menganjurkan perempuan untuk sama-sama hadir ke masjid di hari raya ini, tetapi dalam mazhab Syafi‘ie anjuran itu adalah untuk perempuan-perempuan yang sudah tua.
Idulfitri yang juga sebagai menandakan tamatnya tempoh berpuasa, maka disunatkan sebelum pergi ke mesjid untuk menunaikan sembahyang hari raya memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Anas katanya yang maksudnya :

"Adapun Rasulullahu Shallallhu ‘alaihi wasallam tidak keluar (untuk bersembahyang sunat hari raya) pada hari raya Fitrah sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma."

Menurut riwayat daripada Anas lagi bahawa Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil.
Di dalam kitab Nailul Awthar An-Nakh‘ie ada menyatakan bahawa
diantara hikmah disunatkan memakan kurma (tamar) itu ialah dengan manis buah tamar itu dapat menguatkan penglihatan yang mana telah berkurangan disebabkan puasa dan juga di antaranya boleh melembutkan hati dan ia adalah yang paling mudah dari yang selainnya. Oleh itu sebahagian dari At-Tabi‘ien menganggap sunat berbuka dengan benda-benda yang manis seperti madu.
Sementara itu di antara hikmah memakannya dengan bilangan yang ganjil telah berkata Al-Mahlab bahawa
perkara itu ialah isyarat kepada keesaan Allah Ta‘ala dan juga adapun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya di dalam semua urusan Baginda sebagai jalan bertabarruk dengan demikian itu.
(Fathul Bariy,3:122)
Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya pula adalah perkara yang paling penting dan utama bagi menyambut Hari Raya ini dari perkara-perkara sunat yang lain di dalam merayakan hari raya ini sebagaimana yang di jelaskan oleh pengarang kitab Fathul Bariy. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah bersembahyang"

(Hadis riwayat Al-Bukhariy)
Oleh yang demkian itu perlulah dipastikan semua orang Islam menunaikan sembahyang Idulfitri ini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikannya di masjid atas urusan-urusan tertentu mereka juga boleh menunaikannya secara bersendirian di rumah atau lainnya menurut pendapat al-mazhab di dalam kitab-kitab Syafi‘ieyah.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer