MENGHAYATI IDULFITRI
(Bilangan 111 Bahagian Pertama)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Setelah umat Islam berusaha selama sebulan penuh di bulan Ramadhan mengekang nafsu dari melakukan perkara yang ditegah semasa menunaikan ibadah puasa sama ada yang haram atau yang harus di lakukan di luar puasa, sudah setentunya kita bergembira serta bersyukur dengan kedatangan 1 Syawal iaitu hari kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan
.Sememangnya telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita sambutan Idulfitri ini lebih meriah dari hari-hari kebesaran Islam yang lain umpamanya Idul Adhha, yang juga salah satu perayaan yang besar dalam agama kita. Berlainan halnya dengan masyarakat Islam lain seperti di Timur Tengah, bagi mereka Hari Raya Adhha lebih dimeriahkan dan mendapat perhatian dari Idulfitri.
Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan penglihatan anak bulan. Jika ia berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok. Sebaliknya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan maka kita wajib meneruskan puasa pada esok hari. Ketentuan ini perlu difahami oleh kaum muslimin khasnya di negara kita. Ada segelintir masyarakat kita jika tidak kelihatan anak bulan Syawal maka mereka tidak akan berpuasa pada esoknya. Di antara alasan mereka ialah berpandukan negara lain yang sudah jatuh bulan Syawwal. Perkara ini sebenarnya tidak tepat menurut hukum syara’oleh itu ikutilah keputusan pihak yang berwajib di negara kita mengenai hal ini.
No comments:
Post a Comment