Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, May 13, 2010

Belasungkawa


dipetik dari MerahTinta:


Bekas Syaikul Arqam Kembali Ke Rahmatulah
LEWAT jam 5:00 petang tadi saya menerima email dari pejenguk blogMerah Tinta, memaklumkan khabar dukacita bekas pemimpin agung jemaah Darul Arqam yang diharamkan, Ashaari Mohammad telah meninggal dunia jam 2:10 petang tadi di hospital pakar Ipoh Perak.

Sementara itu menurut salah seorang bekas menantunya yang dihubungi, jenazah Ashaari akan dibawa ke kampung kelahirannya di Pilih, Rembau Negeri Sembilan. Manakala sekejap tadi saya dimaklumkan oleh salah seorang pengikutnya jenazah Ashaari kini masih dalam perjalanan ke Pilin.

Menurut pengikut itu, Johari Murad jenazah Ashaari akan dikebumikan esok, di Pilin. Bagaimana pun beliau tidak dapat memastikan pukul bersama. Persiapan untuk upacara pengkebumian dilakukan malam ini.

Ashaari uzur sejak beberapa tahun ke belakangan ini tetapi masih boleh meneruskan perjaungan dakwahnya ke serata negara. Beliau sering mengadakan ekspedisi ke seluruh negara dengan melawati rangkaian perniagaanya.

Ashaari dilahirkan di 1937 di Kampung Pilin Negeri Sembilan. Berketurunan Boyan. Beliau menubuhkan jemaah dakwah Darul Arqam bersama beberapa orang kawannya sekitar tahun 1969. Jemaah berkenaan diharamkan pada tahun 1994 oleh Pusat Islam kerana mendakwa aurad Muhammadiah yang menjadi amalan Allahyarham sebagai sesat.

Beliau meninggalkan tiga isteri dan puluhan cucu serta cicit serta ribuan para pengikut dan murid. 

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer