Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Friday, May 14, 2010
Masih hidup...masih hidup!!!
CHINA-saudara seorang buruh binaan yang telah disahkan meninggal dunia, Zhang Houming, 46, terkejut apabila mendapati jantung si mati masih berdegup semasa berada di rumah mayat.
Pegawai-pegawai perubatan dari Hospital Neijiang, China yang bertanggungjawab telah dimarahi dengan teruk kerana kesalahan serius ini. Mangsa diisytiharkan telah meninggal dunia untuk kali pertama selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas semasa pulang dari kerja.
Anaknya, Haibo pulang bersamanya kerana mereka berdua bekerja di tempat yang sama. Semasa kejadian, beliau pengsan akibat impak kemalangan tersebut.
Sehubungan itu, ambulans dilaporkan tiba lambat di tempat kejadian dan pemandunya memberi alasan kesesakan lalu lintas sebagai punca kelewatan.
Tetapi menurut rakan sekerja mereka, You, yang tinggal berhampiran dan bekerja di tempat kerja di tengah-tengah bandar itu, perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada sejam.
“Saya tidak boleh percaya yang pemandu ambulans tersebut memandu lebih lambat daripada motosikal saya,” jelas You.
Sementara itu, seorang doktor yang memeriksa Zhang menulis dalam laporannya beliau telah menghembuskan nafas akhir.
“Beliau telah berhenti bernafas serta jantungnya telah berhenti berdegup semasa saya merawat Zhang,” tambahnya.
Selepas itu, beberapa orang pembantu perubatan memasukan Zhang ke dalam bag mayat berisi ais manakala anaknya pula dibawa ke hospital dengan ambulans. Apabila ambulans itu tiba di hospital, saudara-mara Zhang dimaklumkan mengenai berita itu dan yang mayat Zhang ditempatkan di rumah mayat.
Mereka bergegas ke sana dan salah seorang daripada saudara lelaki Zhang dibawa ke dalam untuk mengenal pasti mangsa.
Saudara Zhang menepatkan telinganya ke atas dada dan terkejut apabila jantungnya masih berdegup.
Keluarganya menelefon talian kecemasan dan sebuah lagi ambulans tiba untuk membawa Zhang ke hospital. Para doktor mendapati jantung Zhang berdegup sebanyak 74 kali seminit dan bernafas 18 kali seminit.
Walaupun mereka telah cuba sedaya upaya selama sejam, Zhang gagal diselamatkan.
Pihak hospital akur dengan kecuaian kakitangannya namun Timbalan Pengarah Biro Kesihatan bandar tersebut, Luo Renfu masih mempertahankan tindakan doktor itu.
“Mangsa mungkin mengalami kejutan dan jantungnya mungkin mula berdegup kembali kerana hentakan van mini yang membawanya ke hospital,” katanya.
Keluarga Zhang meminta hospital itu membayar 1.5 juta yuan sebagai pampasan, namun pihak hospital hanya bersetuju untuk memberi 200,000 yuan sebagai ganti rugi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment