Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, May 13, 2010

Stor kena serbu!

Stor dadah diserbu


PETALING JAYA – Polis menyerbu sebuah premis rumah panjang yang dijadikan stor simpanan dadah termasuk memberkas seorang lelaki tempatan yang bukan sahaja menagih malah turut menjalankan kerja-kerja pengedaran dadah jenis ganja dan heroin, dalam kejadian di PJS 1/52, di sini, malam kelmarin.
Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 9.45 malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, suspek berusia 35 tahun yang sedang melepak di luar rumahnya dikatakan terkejut dengan kehadiran polis namun tidak sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya terus menahan suspek sebelum membuat pemeriksaan lanjut dalam premis itu yang difahamkan hanya dijadikan sebagai stor simpanan termasuk tempat untuk melakukan kerja-kerja pembungkusan dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Polis menemui 10 ketulan mampat dadah ganja seberat 10 kilogram (kg) dan dua paket heroin dianggarkan seberat 840 gram (g) berjumlah kira-kira RM58,000 yang disembunyikan dalam tiga buah beg termasuk satu beg sekolah kanak-kanak.

“Selain itu, polis turut merampas sebilah parang, pisau(2), ‘sealer’(1), gari tangan(1) termasuk serangkai kunci rumah,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Arjunaidi berkata, polis percaya peralatan tersebut terutamanya gari tangan mungkin digunakan suspek untuk menyamar sebagai polis bagi melakukan kegiatan jenayah lain.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan sejauh mana penglibatan suspek dalam kegiatan jenayah lain termasuk punca bekalan dadah diperoleh serta modus operandi suspek,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek bukan melakukan kegiatan pengedaran dadah secara bersendirian sebaliknya mempunyai rangkaian sindiket yang masih belum dapat dikenal pasti.
Katanya, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah sejak setahun lalu di sekitar kawasan PJS, Taman Medan termasuk Taman Sri Manja di sini.
Arjunaidi berkata, suspek yang masih bujang itu kini direman seminggu bermula semalam, untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang disahkan positif dadah itu, mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes di bawah Seksyen 384 kerana melakukan peras ugut kira-kira lima tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer