Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, July 17, 2010

Gaji pensyarah perubatan dikaji semula

بسم الله الرحمن الرحيم

Gaji pensyarah perubatan dikaji semula

KUALA LUMPUR 12 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi akan menilai semula kenaikan gaji pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya ia dapat diselaraskan dengan pegawai perubatan awam.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, satu kertas kerja akan dibentangkan oleh kementerian itu untuk memperhalusi kenaikan gaji pensyarah terlibat bagi mengelak mereka berpindah ke sektor swasta.
"Golongan pensyarah ini penting untuk sektor perubatan awam kerana ilmu pengetahuan mereka mampu melahirkan doktor pakar yang berkualiti.
"Kementerian akan mengkaji perkara ini secepat mungkin dan mengumumkannya setelah kajian mengenai kenaikan gaji itu diselesaikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Pensyarah Kanan Unit Kardiologi Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr. Zul Hilmi Yaakob dalam Forum Utusan Malaysia hari ini yang meminta kementerian mengkaji kenaikan gaji pensyarah perubatan IPTA jika tidak mahu melihat mereka berpindah ke Kementerian Kesihatan atau sektor swasta.
Menurut Zul Hilmi, kenaikan gaji yang sedikit iaitu RM2.10 berdasarkan penambahbaikan jadual gaji matriks (JGM) bagi kenaikan gred DU51-54 adalah tidak setimpal dengan tanggungjawab dan tugasan pensyarah tersebut.
"Tugas pensyarah perubatan sama seperti doktor lain iaitu mempunyai pesakit, menjalankan prosedur atau pembedahan serta mengajar pelajar perubatan dan bakal pakar perubatan," jelasnya.
Pada 23 Mac lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan JGM bagi skim perkhidmatan pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian di IPTA yang telah berkuat kuasa awal bulan ini.
Menurutnya, kementerian menaikkan gaji pensyarah dalam bidang perubatan dan pergigian berdasarkan skim perkhidmatan pensyarah bidang kritikal.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer