Kali ini suka saya membincang perkara2 yang perlu dielakkan sewaktu kita menghadiri sesuatu majlis tak kira sama ada yang resmi atau tidak..Ini bertujuan supaya kita nampak sopan dan beradab.
1. menggoyang2kan kaki samaada semasa duduk atau berdiri.Lebih buruk
nampaknya keadaan bila kaum wanita yang melakukannya.semasa duduk dikerusi.Bagaimana pun soal etiket ini patut dipatuhi oleh semua orang lebih2 lagi bagi penjawat2 awam atau swasta.2. salah satu tabiat buruk kaum lelaki pula ialah mengunyah gula2 getah sambil bercakap cakap.Walau pun dikatakan kunyahan ini baik untuk kesihatan rahang tapi dalam majlis ia bukanlah sesuatu yang elok.dan tidak kena tempat
3.Mencelah perbualan orang lain yang sedang asyik berbual lebih2 lagi jika tetamu itu duduk dimeja lain atau berdiri dalam kumpulan lain.Percayalah orang ramai tidak melihat anda sebagai peramah jika anda suka menyampuk tidak bertempat begini.
4.bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan..Bukanlah maksud saya kita diminta beri perhatian kepada makanan semata2 tetapi bercakaplah apabila kita tidak mengunyah atau pun sewaktu sedikit sahaja terdapat makan dalam mulut..Apabila kita bercakap dalam keadaan begitni eating can be fun and enjoyable.Lagi pun ini juga sebahagian dari tujuan sosial gathering sambil makan 2 dan berbincang.atau borak2.
5.Menggigit kuku, mengorek telinga, hidung dan mengcungkil gigi.
6.Memakai minyak wangi yang kuat pada siang hari
7.Meletakkan barangan peribadi seperti beg tangan diatas meja makan.-sepatunya ia diletakkan disebelah kaki anda.
8.Mengerumi dan bertumpu kemeja makan secara buffet dan mengambil makanan secara berlebihan.
9.Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan majlis.
10Bercakap dengan nada suara yang tinggi.seringkali ini dilakukan dengan tujuan menarik perhatian tetamu2 lain supaya lihatlah aku,!
11Berlagak sombong.
12.menyendiri dan menjadi kera sumbang.Salah satu kesilapan besar bila kemajlis ialah menyendiri dan tidak berusaha mengenali seberapa ramai orang yang hadir.Ini sebenarnya defeat the purpose of attending social gathering atau function iaitu untuk mendapat kenalan2 baru.
13 Berjenaka lucah
14Berbedak bergincu dan menyikat rambut dikhalayak ramai
15 Berkelakuan yang tidak senonoh dan melakukan perkara2 yang sumbang.
16 Bergossip dan berbisik sesama teman
17 Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami oleh orang lain.
Sekian dan diharap sedikit sebanyak kita semua dapat mengawal serta mengelakkan diri dari melakukan kesilapan2 tersebut diatas sewaktu kita menghadiri sesuatu majlis.Dengan ini kehadiran kita dimana2 majlis menyenangkan hati semua orang dan kita juga kelihatan sopan
***majlis ni ntuk vip kot...**
No comments:
Post a Comment