Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, June 3, 2010

Kenyataan media Majmak Fiqh Antarabangsa

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebahagian isi kandungan kenyataan media Majmak Fiqh Antarabangsa yang beribupejabat di Jeddah, KSA, bertarikh 29/12/2008 bersamaan 2 Safar 1430



Adalah menjadi kewajipan syarak yang dipikul golongan ulama di kalangan
ummat Islam iaitu menerangkan kebenaran terhadap sekalian ummah mengenai situasi dan kesulitan sebenar yang dihadapi rakyat Gaza. Diharamkan menyembunyi hakikat tersebut, kerana Allah telah menyatakan janjinya ke atas para alim ulama, serta mengingatkan mereka dari menyembunyikannya atau bermudah dalam menjelaskannya, kerana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah, ayat 140
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

Firman Allah Taala lagi, ayat 159-160

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Penjelasan hukum dari ayat ini mengandungi perintah am ke atas yang menyembunyikan ilmu, wajib menjelaskannya.

International Fiqh Academy

Pertama, kewajipan membantu sepenuhnya penduduk Palestin dengan setiap wasilah yang dapat dicapai, maka menjadi wajib ke atas orang-orang Islam seluruhnya, menawarkan apa yang jua bentuk bantuan menurut kemampuan masing-masing. Ini adalah suruhan wajib yang jatuh di bahu setiap orang-orang Islam di mana sahaja berada, mereka adalah satu ummah yang disatukan akidah Tauhid, diikat dengan syariat dan kiblat yang satu. Dan mereka diumpamakan satu jasad, apabila sakit salah satu anggotanya, maka seluruh anggota turut merasainya (Sahih Muslim, no: 2580).

Dalam sebuah sabda baginda, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Sesiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti.” (Sahih Muslim, no: 2586)

Kedua, keperluan mendesak dalam usaha membebaskan bumi yang dijajah disamping mengelak sebarang keganasan terhadap ummat Islam melalui setiap cara yang boleh dicapai, kerana situasi mereka (iaitu penduduk Palestin) ialah penjajahan berterusan regim Zionis ke atas wilayah tanah Palestin. Maka di sini, wajiblah agar kita tidak mudah melupakan kekejaman dan keganasan mereka, maka satu usaha wajib dilakukan bagi membolehkan rakyat Palestin menubuhkan sebuah negaranya yang merdeka dimana Jerusalem menjadi ibu negerinya, iaitu bermaksud membebaskan kiblat pertama, serta Masjid Mulia keTiga, serta tempat Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Israk lalu dimikraj ke langit syurga.

Ketiga, satu tugas wajib terhadap kerajaan Negara Islam menggerakkan setiap usaha yang termampu dari sudut undang-undang antarabangsa, hubungan diplomatik, ekonomi dan sebagainya agar menyekat keganasan / atau permusuhan (Rejim Zionis Yahudi) dalam waktu segera. Selain menyekat sokongan luar yang diterima musuh dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan. Di samping itu, meneroka segenap percubaan untuk mengadili perbuatan penceroboh yang sewenang-wenang melakukannya dengan sikap angkuh.

Keempat, Sesungguhnya hak penduduk Palestin agar membebaskan dari penjajahan serta mempertahankan diri dengan jalan-jalan yang diizinkan, dan satu kemuliaan bagi seorang Muslim dengan ganjaran besar dari Allah apabila mati di atas jalan Allah kerana mempertahankan diri, agamanya, Negara, kemuliaan dan hartanya.

Dr Abd Salam Abadi

Setiausaha Agung Majmak Fiqh Islam Antarabangsa
(International Islamic Fiqh Academy)

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer