Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, June 5, 2010

Rasuah RM3.00

بسم الله الرحمن الرحيم

Pendatang Asing Cuba Suap RM3 Antara 109 Yang Ditahan SPRM Sehingga Mei Lepas
PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 109 orang pemberi rasuah dengan nilai suapan antara RM3 dan RM35,000 bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata tangkapan itu termasuk 28 warga asing yang cuba menyuap anggota penguatkuasa kerana tidak mempunyai permit dan dokumen yang sah.
"Rasuah RM3 itu membabitkan pendatang asing tanpa izin yang cuba memberi rasuah kepada anggota penguatkuasa dengan menawarkan apa jua yang ada pada mereka.

"Ada juga kejadian pemberi rasuah mencampakkan segumpal wang kepada anggota penguatkuasa undang-undang dan kita telah mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata jumlah keseluruhan nilai rasuah yang ditawarkan ialah kira-kira RM273,000.

Mustafar berkata antara kesalahan yang dilakukan pemberi rasuah ialah kesalahan lalu lintas (35 kes), tidak memiliki permit kerja dan dokumen yang sah (28), kes dadah (13), dan untuk tutup kes jenayah (7).

Katanya warga asing yang ditahan pula membabitkan warga dari Singapura, Pakistan, India dan Indonesia.

Beliau berkata jumlah penjawat awam yang ditangkap SPRM berbanding sektor swasta, orang awam dan ahli politik menurun bagi tempoh tiga tahun ini.
Pada 2007, penjawat awam meliputi 51 peratus iaitu 303 orang berbanding 49 peratus (228) dari sektor swasta, orang awam dan ahli politik, manakala pada 2008 penjawat awam adalah seramai 282 orang (47 peratus) berbanding 323 orang (53 peratus) dari swasta, orang awam dan ahli politik.

Tahun lepas penjawat awam yang ditahan kerana kesalahan rasuah hanya 194 otrang (39 peratus) berbanding 306 orang (61 peratus) dari swasta, orang awam dan ahli politik, katanya.

Bagi tahun ini sehingga Mei lepas, seramai 139 penjawat awam telah ditahan berbanding 185 dari sektor swasta, orang awam dan ahli politik, kata Mustafar.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer