بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kapal utama tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) MV Rachel Corrie akan meneruskan perjalanan mereka ke Gaza dalam mencapai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Mahathir berkata walaupun sebuah kapal dari Turki, "Mavi Marmara" diserang oleh tentera Israel, PGPO masih bersemangat untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestine dan berharap kapal Rachel Corrie akan diberi laluan selamat dan semuanya akan berjalan lancar.
Pada 30 Mei lepas, tiga kapal daripada PGPO berlepas ke Gaza dari Pelabuhan Malta dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Antara yang berada dalam kapal PGPO ialah Anggota Parlimen kawasan Parit Mohd Nizar Zakaria, wakil PGPO Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan dua petugas media daripada TV3.
Dua lagi kapal PGPO ialah 'Challenger 1' dan 'Challenger 2' akan bertolak dari Pelabuhan Cyprus.
Misi berkenaan turut disertai enam kapal dari kumpulan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang lain seperti 'Turkish Relief Foundation', 'European Campaign to End the Siege of Gaza' dan 'Swedish and Greek Boat to Gaza Initiatives'.
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment