Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Tuesday, June 1, 2010
SABAR ITU IBADAH
بسم الله الرحمن الرحيمSesiapa yang ingin terselamat daripada azab Allah dan mencapai pahala serta kurnia Allah dengan memasuki syurga maka hendaklah dia berusaha menahan dirinya daripada syahwat dunia dan hal-ehwalnya. Segala yang berlaku di dalam dunia ini yang berupa musibah dan bala' bencana hendaklah disambutnya dengan jiwa yang redha, hati yang pasrah kepada Allah. Bukankah Allah amat menyayangi orang yang bersabar (Surah Ali Imaran ayat 146).
Sabar terbahagi kepada tiga tingkat:
1- Sabar dalam melakukan ketaatan
2- Sabar dalam meninggalkan segala larangan Allah
3- Sabar sebaik sahaja mendapat musibah
Sabar yang paling besar pahalanya di sisi Allah ialah sabar ketika mendapat musibah. Dia tidak akan mengambil masa yang panjang untuk menerima segala ujian Allah. Nabi s.a.w bersabda bahawa sabar yang sebenar ialah ketika awal musibah bukannya menunggu masa seminggu, sebulan, setahun untuk bersabar kerana ianya tidak lagi bernilai di sisi Allah.
Seorang wali Allah dan ulama yang terkenal Junaid Al-Baghdadi berkata: Bala' itu adalah lampu yang menerangi orang yang arif, dan penyedar kepada orang yang mencari Allah, membaiki orang yang mu'min, dan pembinasa kepada orang yang lalai. Seseorang tidak akan merasakan kemanisan iman sehinggalah datang kepadanya ujian lalu dia bersabar dan redha.
Ad-Dhahak berkata: Sesiapa yang tidak diuji di dalam tempoh 40 hari dengan ujian atau kedukacitaan, maka tiada kebaikannya di sisi Allah.
Muaz bin Jabal berkata: Apabila seorang hamba beriman di uji dengan kesakitan, maka Allah berkata kepada malaikat yang berada di sebelah kiri :Angkat penamu! dan Dia berkata kepada malaikat di sebelah kanan: Tuliskan buat hambaku kebaikan yang paling baik yang dilakukannya.
Ata' berkata: Akan ternyata kebenaran seorang hamba Allah ketika berada di waktu-waktu bala' dan kesenangan. Sesiapa yang bersyukur waktu senangnya tetapi berputus asa pada waktu bala' maka dia adalah di kalangan pembohong.
Oleh kerana itu memperkasakan kesabaran adalah satu jihad bagi melawan hawa nafsu dan mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment