Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Thursday, August 5, 2010

perlaksaan hukum islam

بسم الله الرحمن الرحيم


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir

sains islam...bumi itu yang bulat.

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka akan jatuh di tebing bumi. Sir Francis Drake ialah orang pertama yang membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi pada tahun 1907.

6 soalan Imam Al-Ghazali kepada murid2nya...

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

ahlan ahlan ya Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم


SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN YANG DIBERKATI , TAHUN 1431 H.
SEMUGA SEMUA IBADAT DIBULAN PUASA INI DITERIMA ALLAH S.W.T DAN DIAMPUNI SEMUA KESALAHAN DAN DIANUGERAHI KITA

LAILATU QADR.... AMIN.
 

Wednesday, August 4, 2010

Bukan Ayat suci Al-Qur'an(JanganTertipu)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini Bukan Ayat suci Al-Qur'an(JanganTertipu)



Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yangmasih tidak mengetahui
Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible

Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis

 
"Surah Injilu Matay" (Terus reject)

Monday, August 2, 2010

Kisah tokoh Barat peluk Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Kisah tokoh Barat peluk Islam

SYABAS Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita bergambar bekas johan tinju dunia Mike Tyson alias Malik Abdul Aziz mengerjakan umrah di Mekah Madinah. Air mata Tyson gugur di Kaabah, demikian tajuk berita.
“Saya tidak mampu menahan air mata ketika mengetahui

Panduan umum

بسم الله الرحمن الرحيم

Panduan umum untuk pentadbir sekolah

BERIKUT ialah gambaran senarai semak untuk menjadi rujukan kepada pihak sekolah menilai aspek pelaksanaan dan pencapaian sekolah masing-masing.
1.Prestasi pelajar ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Sudahkah sekolah anda mencapai tahap antarabangsa atau masih di takuk lama?

Al Qazwani

بسم الله الرحمن الرحيم

Al Qazwani (Wafat 682H/1238M) Pakar Geologi

Nama sebenar : Zakaria Imaduduin Abu Yahya

Tempat dilahirkan : Qazwin

Latarbelakang pendidikan : mengenali Ibnu Arabi dan belajar darinya di Damsyik, Syria. Pernah menjadi qadhi di Wasil dan Hillah.

Sumbangan : menulis sebuah ensiklopedia yang merangkumi dalam kajian alam semulajadi, politik dan sejarah. Digelar sebagai Hirodoths kurun pertengahan dan Galinous Arab

Ibnu Majid

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibnu Majid (838-913H/1507M) Ahli Pelayaran.

Ibnu Majid nakhoda kapal yang terkenal, hidup dalam kurun ke 15 Masehi. Belayar dengan kapalnya di Lautan Hindi selama 60 tahun. Berjaya menjejakkan kaki ke pesisir pantai Cina, Hindi, Indonesia, Arab, afrika Timur dan Laut Merah. Beliau merupakan orang pertama yang menggunakan kompas di lautan dan menyelidik ilmu pelayaran dan telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku tentang pelayaran. Ibnu Majid telah belayar ke Lautan Hindi lebih awal daripada Vasco Da Gama.

Ibnu Sina-tokoh islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibnu Sina : (370-428H/980-103M) Bapa perubatan

Nama sebenar : Abu Ali al Husaini bin Abdullah.

Tempat lahir: di bukhara dan meninggal dunia di Hamadan Iran. Beliau meninggal dunia semasa di Hamadan ketika sedang menjalankan satu ekspedisi tentera

Latarbelakang pendidikan : mempelajari agama sejak kecilnya dan menghafaz al Quran dan menguasai ilmu agama ketika belum berumur 10 tahun. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sains tabi’i dan perubatan.

Sumbangan : Menjadi guru ketika berusia 16 tahun. Mengarang sebuah kitab falsafah ketika berusia 21 tahun. Beberapa kali dilantik sebagai menteri.

Karyanya : menghasilkan pelbagai karya dalam bidang falsafah, perubatan dan logik antaranya kitab Al Insaf yang mengandungi penghuraian 28,000 masalah. Mengarang kitab perubatan iaitu Asy Syifa’ dan Qanun fi at Tibb yang terdiri daripada lima jilid. Berbagai lagi kitab karangannya mengenai ilmu logik, fizik, metafizik, sains perubatan dan falsafah telah diajar ke sekolah dan institusi pengajian tinggi di Eropah sejak abad-abad pertengahan (1100H/1500M) dan lebih dikenali dengan nama Avicenna.

Ibnu Sina telah cuba menggabungkan falsafah dengan teori-teori sains fizik. Dengan sebab itu, beliau digelar sebagai failasuf dan ahli fizik (tabib)

Sumber rujukan keseluruhan tokoh di atas : Majalah TOKOH Bil 1 Dis 00-Jan 2001, m/s : 73-75. (Keizinan dari IKIM)

Sunday, August 1, 2010

kristian-pertembungan-di-antara.html

بسم الله الرحمن الرحيم

Penulis : Almukminun
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه

Catatan tersebut dicatit penulis pada 20 Syaaban 1428H / 2 Sepetember 2007. Bertempat di Markas Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak (ABIM), Taman Seri Wangi. Berdasarkan perbincangan penulis bersama Mantan Paderi Malaysia Reverent Anthony.

ALHAMDULILLAH, penulis mendapat tarbiyyah beserta ingatan langsung daripada ALLAH SWT melalui kesempatan menghadiri usrah pimpinan PKPIM yang berlangsung pada 14 Mei 2009 lalu. Melalui pembentangan sesi usrah oleh Saudara Timbalan Presiden PKPIM, penulis tergerak untuk mengetengahkan perkongsian pengalaman yang penulis kutip hasil pentarbiyahan rohani ketika berada di bumi bertuah Sarawak.

Penyaksian Para Ulamak Umat dan Dalil-dalil Mereka.

بسم الله الرحمن الرحيم



Ahlus Sunnah Wal Jamaah A-syairah- Penyaksian Para Ulamak Umat dan Dalil-dalil Mereka.



Penulis : Ustaz Haji Abdul Raof Pondok Tampin


Ahlus Sunnah Wal Jamaah A-syairah- 
Penyaksian Para Ulamak Umat dan Dalil-dalil mereka.

Sebuah kitab (buku) yang benar-benar menjawab kemuskilan dan kesamaran terhadap akidah dan Para Pemuka mazhab Ahlissunnah waljamaah aliran Asyairah ( para pendukung fahaman Imam Abu Hasan al Ashari) . Iaitu fahaman pengajian tawhid (sifat 20) yg telah didukung berkurun-kurun lamanya oleh kiyai-kiyai, tuan-tuan guru pondok/pesentren dan awamnya, senusantara khasnya , dan dunia Islam amnya.
Sebuah buku yang telah ditaqriz

Adab yang perlu diterapkan...lupakah kita?

بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual

ber il mu ....tidak BERAKHLAK

بسم الله الرحمن الرحيم
Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer