Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Monday, July 26, 2010

Syaaban yang MUBARAK...

بسم الله الرحمن الرحيم

Fadhilat Bulan Syaaban

     Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah: 


  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sunday, July 25, 2010

Apa itu tassawuf..?

بسم الله الرحمن الرحيم
Berkata Imam Junaid :
Tasawuf ialah mensucikan hati daripada tertambat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan (yang buruk), menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan ALlah pada setiap masa, menasihati seluruh umat,

ZIKIR SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT BUKAN BID’AH?

بسم الله الرحمن الرحيم
ZIKIR SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT BUKAN BID’AH?
Oleh:
Dr. Asmadi Mohamed Naim
Universiti Utara Malaysia
asmadi@uum.edu.my

Polemik bid’ah semakin menular di tengah-tengah masyarakat. Tidak dapat dinafikan wujudnya amalan-amalan bid’ah yang subur di kalangan mereka. Antaranya ialah ketaksuban seseorang kepada Syeikh-nya dan menolak pandangan dari pihak yang lain. Bahkan ia juga membawa kepada ‘mendoktrin’ pengikut memuja syeikh-syeikh dengan diwar-warkan kehebatannya.

Tiang ku.....

بسم الله الرحمن الرحيم
pix_middle

Pelajar IPT Cari Ketenangan Kelab Malam


KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya

Doa ku...

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa dari golongan marhain.


Padamu ya ALLAH..
Berikan hidayah kepada kami
Terangkanlah hati kami
Untuk menerima pelajaran yang diberi
Bukakanlah hati ketua-ketua kami
Dari melakukan perkara
Yang memberikan kemudaratan kepada kami
Dari membuat pembaharuan
Yang bukan-bukan
Dalam dunia pendidikan
Agar kami mampu
Berada dijalan yang selamat.
kata guru : Bila subjek matematik dan sains nak kembali kepada bahasa melayu sepenuhnya...?

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer