بسم الله الرحمن الرحيم
Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah yang bermaksud :
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)
Lafaz Ucapan Selamat Pada Hari Raya Aidilfitri
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin”. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi saw
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Friday, September 10, 2010
Upacara Bakar Al-Quran Dibatalkan
بسم الله الرحمن الرحيم
Gereja batal kempen bakar al-Quran, imam nafi kompromi alih bina masjid
WASHINGTON, 10 Sept — Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.
Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
بسم الله الرحمن الرحيم
andai ada tersilap kata,tersilap bicara,tersilap COPY....tangan ku hulur kemaafan dipinta.
andai ada tersilap kata,tersilap bicara,tersilap COPY....tangan ku hulur kemaafan dipinta.
ayam di hari raya.....
بسم الله الرحمن الرحيم
Kajian menunjukkan bahawa 92 % penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam . Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.
semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

Tuesday, September 7, 2010
Berikhtikaf..
PANDUAN I’TIKAF SEPULUH AKHIR RAMADHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Pengertian I’tikaf . 1.
الاعتكاف هو اللبث في المسجد من شخص مخصوص بنية.
Menetap dan mendiamkan diri diMasjid oleh seseorang yang tertentu , serta berniat I’tikaf. (1)
Maksudnya: I’tikaf disini bermaksud , merupakan satu bentuk ibadat dengan cara menetap disesebuah Masjid dan menumpukan perhatian untuk beribadat yang dilakukan oleh seseorang yang sedang berpuasa dengan cara yang telah ditentukan oleh Syara’.
2. Asas di Syariat kan I’tikaf .
Asas atau dalil diSyara’kan I’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan ialah
a)
عن عائشة رضى الله عنها , أن النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده .
Maksudnya : Daripada Aisyah r.anha , Bahawa Nabi saw selalu berI’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga diwafatkan oleh Allah swt , kemudiannya diteruskan sunnah I’tikaf selepasnya oleh Para
Isteri Baginda saw. (2)
b)
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : كان صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام . فلما كان العام الذى قبض فيه اعتكف عشرين يوما.
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.anhu , Beliau berkata : Adalah Nabi saw selalu berI'tikaf pada tiap- tiap sepuluh Ramadhan yang terakhir. Manakala pada tahun Baginda saw diwafatkan , Baginda telah berI’tikaf selama dua puluh hari. (3)
Oleh yang demikian nyatalah bahawa I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah Sunnah yang diamalkan
secara berkekalan oleh Nabi saw dan Para Isteri Baginda saw dan juga Para Sahabat r.anhum.
3. Hukum I'tikaf.
Telah sependapat seluruh Imam Mazhab yang empat dan seluruh Umat Islam , bahawa Hukum I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah “Sunat Mu akkad”. Bertujuan menuruti Sunnah Nabi saw dan menuntut kelebihan Lailatul Qadar. (4)
(5) Tiada khilaf bahawa Tidak Wajib I’tikaf melainkan apabila bernazar dengannya
(1) Al Majmuk Syarah Muhazzab- Imam Nawawi juz 6 Ms 474 , Cetakan Darul Fikar/ Al Fiqh ala Mazahibil Ar Ba’ah—Al Jazairi -- Kitab al I’tikaf./ At Ta’rifat – Al Jarjani m.s. 31.
(2) Muttafaqun Alaih.-- Sahih Bukhari -Bab Al I’tikaf fil asyri al awakhir / Sahih Muslim – Kitabul I’tikaf.
(3) Sahih Bukhari—Bab Al I’tikaf fil asyril aakhir. .
(4)Raudhah At Tholibin—Imam Nawawi, juzuk 2 m.s. 255, Cetakan Darul Al Kutub Al Alamiyah, Bairut tahun 2000. / Syarah Sahih Muslim -- Imam Nawawi juzuk 8 m.s. 67, Darul Tsaqofah
(5)Fathul Baari- Ibni Hajar Al Asqolani juzuk 4 m.s. 319, Darul Rayyan.
1
4. Kelebihan I'tikaf.
عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ومن اعتكف يوما ابتغا وجه الله جعل الله بينه وبين النار ثلاث خنادق . كل خندق أبعد مما بين الخافقين .
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.anhu, daripada Nabi saw , Baginda bersabda: Dan barangsiapa ber I'tikaf satu hari kerana menuntut keredhoaan Allah , nescaya Allah jadikan diantaranya dan antara Api Neraka (berjauhan) tiga puluh parit, dimana jarak diantara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (1)
5. Hikmah / Tujuan berI'tikaf.
Diantara Hikmah dan tujuan I'tikaf ialah:
a) Meluangkan diri daripada kesibukkan duniawi ,demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan Rohani sebagai bekalan melancarkan kegiatan hidup dengan lebih baik. (2)
b) Kalaulah Ramadhan merupakan bulan ujian yang akan memenuhkan rahmat untuk sepanjang tahun , maka I’tikaf pada 10 hari yang terakhir adalah merupakan satu keistimewaan yang lebih khas dan lebih tinggi bagi mereka yang melakukannya.
c) Usaha-usaha mendapatkan lailatul Qadar adalah satu Sunnah Nabi saw.
I’tikaf diakhir Ramadhan , adalah merupakan salah satu dari usaha tersebut.
(1) At Thobarani dan Al Hakim.
Telah meriwayatkan oleh Athobarani dalam Al Awsath , “Isnadnya Jayyid”.—Majmak Zawaid- Bab Fadhli Qodho il Hawa ij. juzuk 8 m.s 351 Cetakan Darul Fikar Bairut ,tahun 1994.
Berkata Al Hakim “ Isnad yang Sahih”. – At Targhib wat Tarhib . Juzuk 2 ms 149-150.
(2) Syarah Sahih Muslim –Imam Nawawi . juzuk 8 m.s. 69, Darul Tsaqofah. 2
6. Rukun I'tikaf.
Rukun I'tikaf 4 perkara.
a) Tetap berada didalam Masjid, sekurang-kurang masanya sekadar Tama’ninah didalam ruku’ (sekadar beberapa saat). Tidak keluar dari Masjid melainkan atas sebab-sebab yang diharuskan Syara’. (Yaitu sebab-sebab yang tidak memutus dan membatalkan I’tikaf).
b) Niat pada permulaan I'tikaf atau pembaharuan niat semula (jika terbatal) ,misalnya:
“ Sahaja aku berI’tikaf sepuluh hari akhir Ramadhan kerana Allah” .
c) Orang yang berI’tikaf.
Seseorang yang berI’tikaf disyaratkan :
(1) Islam.
(2) Berakal.
(3) Bersih dari haidh dan nifas .
(4) Bersih dari hadas Junub. (1)
c) Tempat I’tikaf , yaitu Masjid. (2)
7. Cara berI’tikaf diakhir Ramadhan.
a) Mulai masuk keMasjid sebelum matahari terbenam (sebelum Maghrib) pada hari ke dua puluh Ramadhan , dengan berniat I’tikaf sepuluh hari terakhir dan keluar setelah selesai masa I’tikaf pada pagi A’idil Fithri atau setelah masuk waktu Maghrib pada malam Aidil Fithri. (3)
b) Diharuskan setiap orang yang berI'tikaf membawa hamparan khas miliknya kemasjid dan diharuskan juga mengambil mana-mana ruangan diMasjid sebagai tempat khas baginya, tetapi dengan syarat tidak menyempitkan (mengganggu) orang lain yang akan bersembahyang. (4)
c) Solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat, seterusnya tetap berada diMasjid melainkan jika berlaku perkara-perkara yang diharuskan keluar dari Masjid (yaitu tidak dianggap memutuskan I'tikaf ).
d) Harus menjalankan Ibadat I’tikaf yang sunat secara tidak penuh atau tidak berturut-turut . Misalnya :
BerI’tikaf hanya sehari atau dua hari sahaja nisbah kepada masa selama sepuluh hari diakhir Ramadhan, atau diselang-selikan harinya atau hanya berI’tikaf diwaktu malam sahaja atau sebagainya. (5)
(1) Raudhah at Tholibin- juz 2 ,Ms 257, 262 / Fathul Wahhab – Syekhul Islam Zakaria Al Ansori, juz 1 Ms 126- 131 , Darul Fikar, Bairut. .
(2) Al Majmuk. Juz 6 Ms 478 dan 483. (3)Raudhah at Tholibin--- juzuk 2 ms 255.
ويشق معه المقام لحاجته الى الفراش. (4) Mafhum daripada Ibarat Raudhah, Ms 273
(5) Mafhum daripada Ibarat Fuqaha , misalnya didalam Kitab Al Minhaj At Tholibin ….
/ Al Majmuk juzuk 6 m.s. 488. ثبت قدر يسمى عكوفا.
Adab berpuasa
بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut.
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut.
Antara yang terpenting adalah :
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena - mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang di larang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
AL-QURAN DAN PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN
بسم الله الرحمن الرحيم
AL-QURAN DAN PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN
Sebelum turunnya Al-Quran manusia (khususnya di Benua Arab) secara amnya hidup di dalam kepelbagaian ragam kepercayaan, kebudayaan dan etika. Dan kemudian Al-Quran diturunkan dengan membawa rahmat perubahan.
Antaranya ialah:
1. Bidang Akidah : Melalui pernyataan yang dibawa oleh Al-Quran tentang tuhan itu Esa dan Tunggal, maka kepercayaan bertuhan banyak (politheisme) menjadi gugur (tidak diakui oleh Islam). Sebab tidak ada tuhan selain Allah SWT, dan Dialah Yang Maha Pencipta alam semesta ini. Kepercayaan seperti ini dinamakan tauhid.
2. Bidang Ibadah : Al-Quran datang dengan petunjuk bahawa yang berhak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dia Yang Tunggal, pencipta manusia dan alam semesta. Al-Quran dengan petunjuk yang demikian, melarang keras beribadah kepada patung, berhala, matahari, bulan atau selain Allah SWT. Sebab, tidak ada sekutu bagiNya.
3. Bidang Akhlak : Al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah tentang kriteria antara akhlak yang baik dan terpuji dengan akhlak yang buruk dan tercela. Masalah-masalah pembunuhan, perzinaan, perjudian, pencurian dan merampas harta orang lain, tidaklah masuk dalam wawasan akhlak, justeru masalah-masalah tersebut termasuk kedalam tindakan jenayah dan pembuatnya wajib dijatuhkan hukuman.
4. Bidang Siyasah (Politik) : Al-Quran dan sunnah Rasul (Al Hadits) tidak mengakui kedaulatan umat atau penguasa. Kedaulatan menurut kedua sumber tersebut dan sumber lain yang diakui kaum muslimin adalah milik Allah dan RasulNya. Hanya 'kekuasaan pemerintahan' sajalah yang dimiliki umat. Dan di dalam Islam tidak diakui (tidak ada) 'Sistem Kerajaan' atau Aristokrasi. Pemerintahan Islam adalah 'Negara Kesatuan', bukan 'Negara Bahagian'. Inilah salah satu contoh yang pernah terjadi dahulu semasa kekhilafahan masih berlaku, dan ia bukan sekadar perbandingan teoritis tetapi merupakan sebuah peraturan yang terbukti di dalam kenyataan kehidupan.
5. Bidang Ekonomi : Al-Quran (dan Sunnah Rasul) telah memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan apa yang boleh dimiliki oleh individu dan apa yang tidak. Juga telah ditentukan tentang pemilikan sesuatu (benda) yang bersifat umum, tidak boleh dimiliki oleh per individu, seperti laut, sungai dan lain-lain.
Peraturan yang terdapat pada Al-Quran (dan Sunnah Rasul) memberikan petunjuk pelaksanaan tentang jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.

KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
KANDUNGAN (ISI) AL-QURAN
Sudah dimaklumi oleh kaum muslimin bahawa Al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah).
Isi ajaran yang tercantum pada Al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:

- Merupakan cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
- Peraturan masa kini (tatkala Al-Quran diturunkan) dan
- Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasullullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN
Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN
Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
- Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)
- Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
- Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".
- Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".
HIKMAH
بسم الله الرحمن الرحيم
HIKMAH DITURUNKAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR
Al Quran diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur - ansur adalah :

- Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
- Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
- Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.
- Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat (32) iaitu: "……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?" Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: "….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".
- Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus.
ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN
Di antara adab membaca Al-Quran adalah :
ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN
Di antara adab membaca Al-Quran adalah :
- Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.
- Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musolla dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.
- Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.
- Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.
- Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.
- Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.
- Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.
- Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.
- Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.
NAMA-NAMA AL-QURAN
بسم الله الرحمن الرحيم
NAMA-NAMA AL-QURAN
Allah memberi nama kitab-Nya iaitu Al Quran yang bererti "bacaan". Erti ini dapat kita lihat dalam surah (75) Al Qiyaamah, ayat 17 dan 18. Nama ini dikuatkan oleh ayat - ayat yang terdapat dalam surah (17) Al -Israa' ayat (88), surah (2) Al-Baqarah ayat (85), surah (15) Al-Hijr ayat (87), surah (20) Thaaha ayat (2), surah (27) An Naml ayat (6), surah (46) Ahqaaf ayat (29), surah (56) Al-Waaqi'ah ayat (77), surah (59) Al-Hasyr ayat (21) dan surah (76) Addahr ayat (23).
Menurut pengertian ayat-ayat di atas, Al-Quran itu dipakai sebagai nama bagi Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Selain Al Quran, Allah juga memberi beberapa nama lain bagi kitab-Nya, seperti :
Al Kitaab atau Kitaabullah merupakan sinonim dari perkataan Al Quran, sebagaimana tersebut dalam surah (2) Al Baqarah ayat (2) yang ertinya berbunyi: "Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya….". Lihat pula surah (6)Al An'aam ayat (114).
Al Furqaan ertinya "Pembeza" iaitu yang membezakan di antara yang benar dengan yang batil, sebagaimana terdapat dalam surah (25) Al Furqaan ayat (1) yang ertinya: "Maha Agung (Allah) yang telah menurunkan Al Furqaan kepada hamba-Nya, agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam".
Adz-Dzikir ertinya "Peringatan", sebagaimana yang tersebut dalam surah (15) Al Hijr ayat (9) yang ertinya "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan"Adz-Dzikir" dan sesungguhnya Kamilah penjaganya". Lihat pula surah (16) An Nahl ayat (44).
Selain dari nama - nama di atas, terdapat beberapa lagi nama bagi Al Quran. Imam As Suyuthy dalam kitabnya Al Itqan menyebutkan nama - nama Al Quran, di antaranya adalah Al Mubin, Al Kariim, Al Kalam dan An Nuur.

berdiam diri di dalam masjid
بسم الله الرحمن الرحيم
Iktikaf adalah berdiam diri di dalam masjid dengan niat ibadah. I’tikaf lazim dilakukan sebagian umat Islam baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lainnya. Namun demikian, ibadah yang satu ini kerap sekali dilakukan ketika bulan Ramadhan terutama di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa, Rasulullah SAW., pada bulan Ramadhan, melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir sampai akhir hayatnya, kemudian isteri-isteri beliau tetap melakukannya setelah kematian Rasulullah SAW.
Sebagaimana dijelaskan dalam hadis shahih pada kitab Shahih Muslim pada bab al-Iktikaf, no. 2006 :
(Dari Qutaibah bin Sa’id dari Lais dari Uqail dari al-Zuhry dari Urwah dari Aisyah RA bahwa Nabi SAW I’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian isteri-isterinya melakukannya setelah wafatnya).
Rasulullah melakukan I’tikaf setelah shalat subuh pada bulan Ramadhan.
Sebagaimana dijelaskan dalam hadis pada kitab Sunan al-Nasa’i pada bab al-Masajid, no. 702:
(Dari Abu Dawud dari Ya’la dari Yahya bin Sa’id dari Amrah dari Aisyah berkata bahwa Rasulullah jika mahu melakukan I’tikaf , baginda shalat subuh terlebih dahulu, kemudian menempati tempat yang akan dijadikan I’tikaf, maka hal ini biasa dilakukan pada sepuluh hari terakhir pada bulan ramadhan, kemudian menyuruh membuat tenda, maka Hafsha menyuruh dibuatkan tenda, begitu juga Zainab, ketika Rasulullah melihat tenda-tenda itu bersabda : kebajikan yang engkau inginkan, jika tidak sempat iktikaf di bulan ramadhan, maka I’tikaflah pada sepuluh hari pada bulan Syawwal).
Iktikaf adalah berdiam diri di dalam masjid dengan niat ibadah. I’tikaf lazim dilakukan sebagian umat Islam baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lainnya. Namun demikian, ibadah yang satu ini kerap sekali dilakukan ketika bulan Ramadhan terutama di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa, Rasulullah SAW., pada bulan Ramadhan, melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir sampai akhir hayatnya, kemudian isteri-isteri beliau tetap melakukannya setelah kematian Rasulullah SAW.
Sebagaimana dijelaskan dalam hadis shahih pada kitab Shahih Muslim pada bab al-Iktikaf, no. 2006 :
و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
Rasulullah melakukan I’tikaf setelah shalat subuh pada bulan Ramadhan.
Sebagaimana dijelaskan dalam hadis pada kitab Sunan al-Nasa’i pada bab al-Masajid, no. 702:
أَخْبَرَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْلَى قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ صَلَّى الصُّبْحَ ثُمَّ دَخَلَ فِي الْمَكَانِ الَّذِي يُرِيدُ أَنْ يَعْتَكِفَ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ فَأَمَرَ فَضُرِبَ لَهُ خِبَاءٌ وَأَمَرَتْ حَفْصَةُ فَضُرِبَ لَهَا خِبَاءٌ فَلَمَّا رَأَتْ زَيْنَبُ خِبَاءَهَا أَمَرَتْ فَضُرِبَ لَهَا خِبَاءٌ فَلَمَّا رَأَى ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آلْبِرَّ تُرِدْنَ فَلَمْ يَعْتَكِفْ فِي رَمَضَانَ وَاعْتَكَفَ عَشْرًا مِنْ شَوَّالٍ
Subscribe to:
Posts (Atom)