PANDUAN I’TIKAF SEPULUH AKHIR RAMADHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Pengertian I’tikaf . 1.
الاعتكاف هو اللبث في المسجد من شخص مخصوص بنية.
Menetap dan mendiamkan diri diMasjid oleh seseorang yang tertentu , serta berniat I’tikaf. (1)
Maksudnya: I’tikaf disini bermaksud , merupakan satu bentuk ibadat dengan cara menetap disesebuah Masjid dan menumpukan perhatian untuk beribadat yang dilakukan oleh seseorang yang sedang berpuasa dengan cara yang telah ditentukan oleh Syara’.
2. Asas di Syariat kan I’tikaf .
Asas atau dalil diSyara’kan I’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan ialah
a)
عن عائشة رضى الله عنها , أن النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده .
Maksudnya : Daripada Aisyah r.anha , Bahawa Nabi saw selalu berI’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga diwafatkan oleh Allah swt , kemudiannya diteruskan sunnah I’tikaf selepasnya oleh Para
Isteri Baginda saw. (2)
b)
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : كان صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام . فلما كان العام الذى قبض فيه اعتكف عشرين يوما.
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.anhu , Beliau berkata : Adalah Nabi saw selalu berI'tikaf pada tiap- tiap sepuluh Ramadhan yang terakhir. Manakala pada tahun Baginda saw diwafatkan , Baginda telah berI’tikaf selama dua puluh hari. (3)
Oleh yang demikian nyatalah bahawa I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah Sunnah yang diamalkan
secara berkekalan oleh Nabi saw dan Para Isteri Baginda saw dan juga Para Sahabat r.anhum.
3. Hukum I'tikaf.
Telah sependapat seluruh Imam Mazhab yang empat dan seluruh Umat Islam , bahawa Hukum I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah “Sunat Mu akkad”. Bertujuan menuruti Sunnah Nabi saw dan menuntut kelebihan Lailatul Qadar. (4)
(5) Tiada khilaf bahawa Tidak Wajib I’tikaf melainkan apabila bernazar dengannya
(1) Al Majmuk Syarah Muhazzab- Imam Nawawi juz 6 Ms 474 , Cetakan Darul Fikar/ Al Fiqh ala Mazahibil Ar Ba’ah—Al Jazairi -- Kitab al I’tikaf./ At Ta’rifat – Al Jarjani m.s. 31.
(2) Muttafaqun Alaih.-- Sahih Bukhari -Bab Al I’tikaf fil asyri al awakhir / Sahih Muslim – Kitabul I’tikaf.
(3) Sahih Bukhari—Bab Al I’tikaf fil asyril aakhir. .
(4)Raudhah At Tholibin—Imam Nawawi, juzuk 2 m.s. 255, Cetakan Darul Al Kutub Al Alamiyah, Bairut tahun 2000. / Syarah Sahih Muslim -- Imam Nawawi juzuk 8 m.s. 67, Darul Tsaqofah
(5)Fathul Baari- Ibni Hajar Al Asqolani juzuk 4 m.s. 319, Darul Rayyan.
1
4. Kelebihan I'tikaf.
عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ومن اعتكف يوما ابتغا وجه الله جعل الله بينه وبين النار ثلاث خنادق . كل خندق أبعد مما بين الخافقين .
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.anhu, daripada Nabi saw , Baginda bersabda: Dan barangsiapa ber I'tikaf satu hari kerana menuntut keredhoaan Allah , nescaya Allah jadikan diantaranya dan antara Api Neraka (berjauhan) tiga puluh parit, dimana jarak diantara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (1)
5. Hikmah / Tujuan berI'tikaf.
Diantara Hikmah dan tujuan I'tikaf ialah:
a) Meluangkan diri daripada kesibukkan duniawi ,demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan Rohani sebagai bekalan melancarkan kegiatan hidup dengan lebih baik. (2)
b) Kalaulah Ramadhan merupakan bulan ujian yang akan memenuhkan rahmat untuk sepanjang tahun , maka I’tikaf pada 10 hari yang terakhir adalah merupakan satu keistimewaan yang lebih khas dan lebih tinggi bagi mereka yang melakukannya.
c) Usaha-usaha mendapatkan lailatul Qadar adalah satu Sunnah Nabi saw.
I’tikaf diakhir Ramadhan , adalah merupakan salah satu dari usaha tersebut.
(1) At Thobarani dan Al Hakim.
Telah meriwayatkan oleh Athobarani dalam Al Awsath , “Isnadnya Jayyid”.—Majmak Zawaid- Bab Fadhli Qodho il Hawa ij. juzuk 8 m.s 351 Cetakan Darul Fikar Bairut ,tahun 1994.
Berkata Al Hakim “ Isnad yang Sahih”. – At Targhib wat Tarhib . Juzuk 2 ms 149-150.
(2) Syarah Sahih Muslim –Imam Nawawi . juzuk 8 m.s. 69, Darul Tsaqofah. 2
6. Rukun I'tikaf.
Rukun I'tikaf 4 perkara.
a) Tetap berada didalam Masjid, sekurang-kurang masanya sekadar Tama’ninah didalam ruku’ (sekadar beberapa saat). Tidak keluar dari Masjid melainkan atas sebab-sebab yang diharuskan Syara’. (Yaitu sebab-sebab yang tidak memutus dan membatalkan I’tikaf).
b) Niat pada permulaan I'tikaf atau pembaharuan niat semula (jika terbatal) ,misalnya:
“ Sahaja aku berI’tikaf sepuluh hari akhir Ramadhan kerana Allah” .
c) Orang yang berI’tikaf.
Seseorang yang berI’tikaf disyaratkan :
(1) Islam.
(2) Berakal.
(3) Bersih dari haidh dan nifas .
(4) Bersih dari hadas Junub. (1)
c) Tempat I’tikaf , yaitu Masjid. (2)
7. Cara berI’tikaf diakhir Ramadhan.
a) Mulai masuk keMasjid sebelum matahari terbenam (sebelum Maghrib) pada hari ke dua puluh Ramadhan , dengan berniat I’tikaf sepuluh hari terakhir dan keluar setelah selesai masa I’tikaf pada pagi A’idil Fithri atau setelah masuk waktu Maghrib pada malam Aidil Fithri. (3)
b) Diharuskan setiap orang yang berI'tikaf membawa hamparan khas miliknya kemasjid dan diharuskan juga mengambil mana-mana ruangan diMasjid sebagai tempat khas baginya, tetapi dengan syarat tidak menyempitkan (mengganggu) orang lain yang akan bersembahyang. (4)
c) Solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat, seterusnya tetap berada diMasjid melainkan jika berlaku perkara-perkara yang diharuskan keluar dari Masjid (yaitu tidak dianggap memutuskan I'tikaf ).
d) Harus menjalankan Ibadat I’tikaf yang sunat secara tidak penuh atau tidak berturut-turut . Misalnya :
BerI’tikaf hanya sehari atau dua hari sahaja nisbah kepada masa selama sepuluh hari diakhir Ramadhan, atau diselang-selikan harinya atau hanya berI’tikaf diwaktu malam sahaja atau sebagainya. (5)
(1) Raudhah at Tholibin- juz 2 ,Ms 257, 262 / Fathul Wahhab – Syekhul Islam Zakaria Al Ansori, juz 1 Ms 126- 131 , Darul Fikar, Bairut. .
(2) Al Majmuk. Juz 6 Ms 478 dan 483. (3)Raudhah at Tholibin--- juzuk 2 ms 255.
ويشق معه المقام لحاجته الى الفراش. (4) Mafhum daripada Ibarat Raudhah, Ms 273
(5) Mafhum daripada Ibarat Fuqaha , misalnya didalam Kitab Al Minhaj At Tholibin ….
/ Al Majmuk juzuk 6 m.s. 488. ثبت قدر يسمى عكوفا.
No comments:
Post a Comment