Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Wednesday, November 14, 2012

Doa awal tahun 1434H

بسم الله الرحمن الرحيم


Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa akhir tahun 1433H

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, October 30, 2012

hurricane SANDY

بسم الله الرحمن الرحيم....nikmat apakah lagi yang mahu kau DUSTAKAN....?


Here are the live updates, tweets and important information on Hurricane Sandy from US.


- A nuclear alert was sounded after reports of waters Superstorm Sandy rose 6 feet above sea level. The plant's owner, Exelon Corp., said power was also disrupted in the station's switchyard, but backup diesel generators were providing stable power, with more than two weeks of fuel on hand.
- New York Mayor Mike Bloomberg@MikeBloomberg tweets: Storm surge peaked at 13.88 ft at the Battery. Now 9.81 ft & going down. Power outages and other serious issues remain #NYC #Sandy

- US President Barack Obama calls in army for relief measures.

- Afterseven@Afterseven tweets: 5 people have been killed in New York, including a man hit by tree while inside his Queens home. #Sandy http://on.cnn.com/Pg1gMd

- New York Mayor Mike Bloomberg@MikeBloomberg tweets: #NYC PLEASE RT: Do not go outside. Conditions are extremely dangerous. Please stay where you are until the storm passes #Sandy

- Noted author Salman Rushdie@SalmanRushdie tweets: The power is out over much of manhattan / including here. Good night all. Good luck, tree.

- Actor Amitabh Bachchan@SrBachchan tweets: T 916 - Some negative remarks being made on naming the 'superstorm' Sandy ! Hurricanes, Typhoons, are named alphabetically on time line !!

- Actor Neha Dhupia@Neha_Dhupia tweets: #sandy looks very worrying! @palbawa are u and all of east coast ok? Stay indoors, be safe!

- Sandy's death toll rises to 13; estimated 5.7 million without power: Reports

- Dave Rubin@RubinReport tweets: It's raining harder than at any point tonight. And I'm 99% sure I just saw Ann Coulter riding up Broadway on a broom. #Sandy

- Anonymous@YourAnonNews tweets: Update: Deaths reported in Connecticut, New York, New Jersey, Pennsylvania and West Virginia as a reult of #Sandy
- Anthony De Rosa@AntDeRosa tweets: God bl every nurse, doctor, cop, fire fighter, emergency services worker out there tonight, and thank you. #Sandy

kifarah...atas dosa-sosa

بسم الله الرحمن الرحيم


Renungan :
 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. * (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” * Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Surah al-Baqarah ayat 155-157

Pengenalan secara ringkas buat pengisian kali ini ; Musibah bermaksud bencana, celaka, malapetaka yg menimpa seseorang. Manakala Kafarah itu ialah penutup kesalahan (dosa). 
[rujukan Kamus Dewan] 

Seorang muslim yg mukmin (beriman) akan selalu tenang dan ber'husnu dzon' (bersangka baik) dgn Tuhan dalam menempuhi kehidupannya di atas muka bumi ini. Walaupun dia ditimpa pelbagai musibah dalam kehidupannya, dia tetap akan bersabar dan bermuhasabah kerana dia akan menganggap musibah itu adalah kafarah atas apa yg telah atau pernah dia lakukan pada masa silamnya.

Berasa susah jugaklah aku nak kongsikan entri ini, aku merasakan tidak layak utk berbicara tentang ini. Sebanarnya diri aku pon belum sampai ke tahap 'redho' atas ujian dariNya. Terkadang diri akan mengeluh juga. Merasa 'tak puas hati' dgn apa yg Dia tentukan utk diriku padahal sering sangat aku melakukan maksiat kepadaNya. Allah.. Allah..

"Kenapalah Tuhan uji aku begini dan begini..?" soal diriku.

Bersyukurlah kita wahai sahabat..! Dia menguji kita itu utk mengampunkan dosa kita juga. Jangan kita cepat berburuk sangka, mencaci maki dan sebagainya. Ingat..! Dia Maha Pemurah lagi Maha Pengampun serta segala-galanya. Bersamalah kita berusaha menjadi hamba yg pandai mempraktikkan erti kesyukuran itu. :-)

WaAllahu a'lam, Wassalam.

Sunday, October 28, 2012

black angels...godam

بسم الله الرحمن الرحيم

pagi-pagi buka nak cari imej dan logo...blog btpn imejan Kedah dan beberapa web kerajaan dah kena hacks....



Monday, August 20, 2012

SMS ucapan raya yang kreatif...terharu

بسم الله الرحمن الرحيم

SMS raya antara perkara yang paling sinonim sekali apabila menjelangnya Hari Raya. Saat itu, semua sibuk menghantar SMS kepada rakan-rakan mahupun kenalan rapat bertujuan sebagai tanda ingatan di antara satu sama lain. Di samping itu, SMS raya ini juga mengandungi ucapan bermaaf-maafan. Jom apa lagi, baca koleksi SMS di bawah ini kemudian hantar kepada rakan-rakan kita.


SMS 1

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

SMS 2

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 3

Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)

SMS 4

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)

SMS 5

ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)

SMS 6

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri, mäÅf zäHir & BÄtin..
Drp (nama penghantar dan family)

SMS 7

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe. (nama penghantar dan family)

SMS 8

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)

SMS 9

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

SMS 10

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. (nama penghantar dan family)

SMS 11

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 12

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)

SMS 13

.i. .i.
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”””‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)

SMS 14

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

SMS 15

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

SMS 16

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)

SMS 17

although no face to face,do not shake hands,but hearts was close to saying sorry for any mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

SMS 18

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

SMS 19

Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

SMS 20

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SMS 21

Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

SMS 22

Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

SMS 23

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

SMS 24

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

SMS 25

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

SMS 26

Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

SMS 27

Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

SMS 28

RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

SMS 29

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

SMS 30

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
-banayk lagi koleksi sms raya kat sini-
Selamat hari raya,maaf zahir batin dari ijoks2009 kepada semua pembaca

Taqabbalullah minna waminka

بسم الله الرحمن الرحيم

tiada ucapan seindah bahasa pada bulan Syawal  ini ...buat umat Islam yang merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa

Ramadhan pergi Syawal tiba....


ALLAHUAKBAR...ALLLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...WALILLAHILHAM...
Ucapan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin diikuti dengan Taqabbalullah minna waminka semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu..insyaAllah.

Tuesday, June 26, 2012

OrI dan AP/UNdwatER

بسم الله الرحمن الرحيم

 
sumber ini dimbil dari blog yang menerangkan perbezaan ori dan ap...


PERBEZAAN ORIGINAL SET DAN AP SET

Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada handphone yang dijual di kedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru itu, kami ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapa selepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit.Jika ada kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapat memberi teguran.

DEFINISI

AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Sunday, June 17, 2012

renungkan dan pengajaran Peristiwa besar 'Israk dan Mikraj"

بسم الله الرحمن الرحيم



Sempena kedatangan Israk Mikraj pada 27 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 29 Jun 2011 Masihi ,marilah kita hayati dan renungkanlah Peristiwa Israk dan Mikraj.
Di sebalik keajaiban-keajaiban peristiwa Israk dan Mikraj yang memberi pelbagai pengajaran, ia juga adalah penghibur kepada seluruh umat Islam pada masa kini, sebagaimana ia telah memberi kegembiraan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam pada waktu itu.
Perjuangan bagi melakukan pembaharuan di dalam segenap hal ehwal kehidupan manusia menerusi petunjuk agama ternyata harus melalui pelbagai rintangan dan tantangan. Pada satu-satu keadaan, cabaran yang harus ditempuh terlampau berat di mata dan dibahu yang memikulnya.
Nabi Muhammad SAW dan umat Islam telah melalui dan menempuh cabaran dan rintangan ini di dalam usaha bagi menyebarkan sinar ajaran Islam. Malah, tantangan yang mereka hadapi teramat berat sekali. Nabi Muhammad SAW secara khusus berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan jiwa dan fizikal. Peristiwa dihina oleh masyarakat Taif umpamanya tenyata memeritkan hati dan nurani baginda.
Dalam keadaan tekanan perasaan yang sedemikian, kehilangan isteri tercinta, Khadijah dan bapa saudara yang pengasih, Abu Talib, menyulitkan lagi kesedihan dan kegelisahan Nabi Muhammad. Kesedihan yang bertimpa-timpa berlaku terhadap seorang Nabi dalam menjalankan amanah agama memberi petunjuk yang begitu jelas akan sifat dan tabiat cabaran yang harus didepani oleh umat Islam di dalam menegakkan cita-cita agama.
Kesedihan sedemikian dikongsi bersama oleh para sahabat dan pengikut Baginda yang setia. Mereka juga terpaksa melalui tindak balas penentang Nabi dalam bentuk ancaman, pemulauan dan siksaan. Kegelisahan dan keperitan hidup sungguh terasa. Namun kesabaran menjadi penawar dan keyakinan terhadap kebenaran agama menjadi benteng ketahanan diri.
Di dalam suasana kesedihan dan keadaan tidak menentu inilah, peristiwa Israk dan Mikrajterjadi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia ternyata menjadi penghibur yang paling menenangkan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh Umat Islam pada waktu itu.
Pengkisahan Nabi Muhammad SAW akan perjalanan malam baginda ke Baitul Maqdisseterusnya ke Sidratul Muntaha, melegakan perasaan umat Islam. Kisah yang penuh keajaiban itu ditanggap sebagai petunjuk akan sinar kejayaan yang sedang menanti umat Islam begitu pasti. Israk dan Mikraj ternyata memberi keyakinan dan berjaya meningkatkan keazaman umat Islam dalam berpegang teguh kepada seluruh petunjuk dan ajaran agama.
srak dan Mikraj harus menjadi pegangan untuk umat Islam bertindak dengan lebih berhikmah di dalam berdepan dengan keadaan kesedihan pada hari ini. Sesungguhnya, tiada jalan singkat bagi mengatasi cabaran dan rintangan melainkan menerusi usaha yang gigih di dalam segala urusan sebagaimana telah ditauladani oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam terawal.
Kebesaran dan keangungan Allah S.W.T yang tergambar menerusi peristiwa ini seharusnya memberikan kita keyakinan dan keazaman untuk bersama-sama meneruskan cita-cita agama yang diwarisi dari Nabi Muhammad SAW dan Umat Islam terawal menerusi usaha penyampaian risalah Islam untuk seluruh masyarakat manusia.
Artikel ini saya ambil dari :



pecah dan belah,huru dan hara

بسم الله الرحمن الرحيم

Perbezaan pendapat dikalangan umat Islam dalam cabang syariah atau perundangan Islam dianggap sebagai satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa satu pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat di dalam bidang akidah dan usul syariah lebih cenderung kepada malapetaka yang boleh memecah-belahkan umat dan dikuatiri dapat melemahkan perpaduan dan akidah umat Islam. Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang berpecah belah mengikut kumpulan tertentu, ta'asub kepada kepimpinan tertentu sehingga tidak dapat menilai kebenaran dan kepalsuan.

Renungan_ubati jiwa2

Mata perlu digunakan bagi tujuan melihat perkara yang baik dan indah.
Bukannya perkara haram dan lucah. Telinga adalah untuk mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah. Perut pula mesti diisi dengan yang halal.

Yang buat kita tidak tenang juga adalah disebabkan oleh hati yang kotor. Bukan saja dengan dosa tetapi juga akhlak tercela.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing." Dimaksudkan dengan malaikat adalah ketenangan yang dibawa, yang dimaksudkan dengan rumah adalah hati, yang dimaksudkan dengan anjing adalah sifat dan akhlak tercela.

Maknanya kalau kita ada akhlak dan sifat tercela, hati yang bertindak sebagai rumah sudah menjadi kotor dan ketenangan tidak akan menjenguk.

Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggalnya dan menetap syaitan sebab perangai buruk ditaja syaitan.

Sifat tercela yang membuat kita risau dan sasau ialah hasad dengki iaitu tidak senang lihat orang senang, takbur, ego serta sombong dan inilah stress pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya.
Begitu juga ujub dan riak. Mereka berasa dialah yang sempurna sedangkan orang lain rendah. Selain itu mereka mengharapkan pujian dan sanjungan. Apa lagi jika seseorang itu bersifat bakhil dan kedekut pasti tidak akan pernah tenang hatinya kerana sentiasa terikat dengan harta, cinta harta.

Apa lagi cintakan kemasyhuran yang langsung tiada perasaan rendah diri sudah pasti hati akan berasa gelisah. Sifat pemarah membuat orang menjadi pendendam, hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.

Renungan_Ubati jiwa


ALANGKAH bahagianya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan. Sebaliknya, amat gelisah sekali buat seseorang yang jiwanya mengalami kebingungan serta kegoncangan.
Dalam kehidupan ini pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia, iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya sering merasa gelisah.

Remaja tentu pernah mengalami saat diri terasa bingung dengan masalah menyebabkan jiwa menjadi gelisah dan tidak menentu.

Ketika itu, terasa tiada tempat untuk mengadu, hampir putus asa dalam keadaan terkapai-kapai bersendirian. Saat itu, kita amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran.
Jika penyakit kencing manis akibat gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress kerana tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya.
Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan. Berbanding dengan racun biasa yang memudaratkan anggota badan.

Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan anggota badan. Tujuh anggota badan yang paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.

Hukuman mafia...?

MENGIKUT peraturan kumpulan jenayah terancang mafia, setiap anggotanya dilarang sama sekali 'menyentuh' isteri atau kekasih anggota yang lain. Hukuman yang menanti adalah bunuh. Ini kerana mafia menitikberatkan soal keadilan. Ada masanya seorang anggota dipenjarakan, menjadi tanggungjawab sesuatu gerombolan untuk menjaga hal ehwal keluarganya. Tetapi menjalin hubungan asmara adalah dilarang. Ini hukum mafia. Bagaimana dengan pemain bolasepak profesional?

Danger of driving under stress

Stress is an almost everyday condition. Getting some rest sometimes helps. But people under stress can pose a risk, to themselves as well as to others.
This is especially true when adrenalin is surging through their body, their heart rate is high and they are sitting at the wheel of a car.
Stressed drivers on their way to a pressing appointment are quick to get angry at slower motorists and other obstacles. Their ability to concentrate is also diminished.
"Failure in processing information causes more than 50% of all traffic accidents," noted Ulrich Chiellino, a traffic psychologist with the German motorists’ association ADAC.
It is easy to understand how stress arises. Alfred Fuhr, a traffic sociologist with the German automobile club AvD said: "Stress arises when you’re confronted with an inescapable event over which you’ve no control."
That event can be a deadline – something not confined to the workplace. Hurrying under time pressure can cause carelessness that leads to driving errors and then accidents.
"Careless mistakes made while driving can be fatal," Fuhr warned.
Stress not only diminishes the ability to concentrate, it can also make drivers irritable and induce them to take greater risks.
Stress is preventable in many cases. It is helpful if the driver recognises that he or she is stressed.
Instead of telling yourself that you can somehow reach a destination in a certain amount of time, you should allow yourself extra time so that even a traffic jam cannot make you late and cause stress.
Chiellino recommended that motorists learn proper behaviour in stress situations, starting with the recognition that stress affects driving and can lead to dangerous errors in judgement.
"Many drivers see themselves as victims, saying the traffic stresses them," noted Chiellino.
Other motorists are not deliberately driving slowly in order to impede the stressed motorist. Perhaps, they also suffer from stress but have learned that stepping on the petrol pedal is unhelpful. – dpa
بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Sepasang suami isteri dipercayai bookie judi bola sepak Piala Dunia 2010, ditahan ketika menjalankan aktiviti haram itu membabitkan perlawanan Portugal menentang Korea Utara membabitkan pertaruhan RM35,000.

Pasangan berusia 45 tahun dan 50-an itu, merupakan ahli perniagaan dan mereka ditahan dalam "Ops Saga" pada 7.40 malam, di Apartment Bayu Puteri , Tropicana, Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya merampas dua komputer riba, tiga telefon bimbit, kertas pertaruhan serta wang berjumlah kira-kira RM15,000, buku, pen, jadual perlawanan bola sepak, satu alat kelui dan tiga buku akaun bank individu yang bertaruh.

who said....


Mama says, FRIENDS tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... Daddy says, FRIENDS tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... Grandfather says, FRIENDS tu seperti air terus mengalir..... Grandmother says, FRIENDS tu Abak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! Brother says, FRIENDS tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ Sister says, FRIENDS tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... Me says, FRIENDS tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan.. tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan saya... itu cara saya berkawan..!! If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga. kirim balik jika kamu anggap saya teman selamanya, kirim ke semua temanmu. lihat berapa banyak teman yg sayang kamu.... LoVe yOu

Biskan SYAITAN...!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.

Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini.
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!

Tuesday, June 12, 2012

lawan nafsu anda!!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Adakah nafsu kita ini dapat dibersihkan dari segala kekotoran maksiat dengan cara kita membersihkan pakaian yang kotor? Jawapannya tidak sebab dia adalah kekotoran rohani dan cara menyucikannya juga perlu dengan cara rohani seperti :
  1. Mujahadah nafs seperti menyedikitkkan makan, minum sebagaimana sabda Rasul “Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau tenggelami air secara berlebihan”. Kenyang berlebihan akal menjadi malap, banyak mengantuk, syahwat berkubar, perangai bongkak dan malas beribadah. Rasul menggariskan kaedah pemakanan dengan sabdanya”. Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafas”. Kurangkan tidur,bercakap sekadar perlu dan sabar menanggung gangguan orang lain. 

ambil upah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Membaca al Quran adalah ibadah. Para ulama berselisih pendapat, adakah dibolehkan mengambil upah atau imbalan ke atas ibadah yang dilakukan termasuk di antaranya ialah membaca al quran dan mengajarnya. Sebahagian fuqaha' berpendapat mengambil upah hasil pembacaan al Quran adalah tidak harus.


بسم الله الرحمن الرحيم


Pengertian dan Definisi Blog

Blog berasal dari kata Web dan Log (WEBLOG) yang bererti catatan online (yang berada di web).
Pengertian yang lebih lengkap, blog adalah laman web yang berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur dan dapat diakses secara online baik untuk umum dan pribadi

Ciri-ciri :
Berikut adalah ciri-ciri blog secara umum
  1. Memiliki Nama dan Alamat yang bisa diakses secara online
  2. Memiliki tujuan
  3. Memiliki isi atau postingan yang berupa artikel, catatan, dan informasi lainnya
  4. Postingan atau isi blog terarsip (tersimpan sesuai tanggal, bulan dan tahun posting)
  5. Isi Blog umumnya selalu bertambah atau terupdate sesuai dengan tujuan blog
Tujuan Blog Secara Umum, antara lain :
  • Menyampaikan informasi yang bermanfaat untuk diri sendiri maupun bagi orang lain
  • Memberikan keuntungan bagi diri sendiri maupun orang lain
  • Menyalurkan hobby dan mengisi waktu luang dengan kegiatan yang positif
  • Berkarya atau aktualisasi diri
  • Saling bertukar pengetahuan dengan pembaca, blogger menulis, pengunjung memberikan tanggapan atau komentar
  • Berbagi pengalaman 
  • berbagi software berguna, seperti foto, film/video, dokumen, dsb
  • banyak lagi, sesuai dengan jenis / topik yang diangkat

Tuesday, March 13, 2012

taharah-doa selepas wuduk

بسم الله الرحمن الرحيم




Nabi bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi) 

Pulang ke jalan lurus...

بسم الله الرحمن الرحيم


Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.



Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :

KOToRan hati...

بسم الله الرحمن الرحيم


Sangat sukar bagi setiap manusia untuk membersihkan kekotoran hati ini, kerana ia tidak boleh dicuci dengan sabun, peluntur atau pun berus, kerana kotoran rohani ini letaknya di dalam hati manusia. Di antara kotoran rohani ialah seperti sentiasa melakukan dosa, suka kepada maksiat, hasad dengki, tamak, dendam, bangga diri dan sebagainya. Kekotoran seperti ini boleh menyebabkan manusia diseksa oleh Allah sepertimana firmanNya :
“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Al-Baqarah : 10)

Thursday, March 8, 2012

Peluang untuk ber maksiat

بسم الله الرحمن الرحيم
Pakej utk dijemput ke parti maksiat...
Redemption Date & Time: 10th March 2012, from 10:00AM
to 12:00PM
 

Redemption Locations:
• Kuala Lumpur (Sunway Pyramid, Orange Entrance Outdoor Area)
Samsung Mobile Brand Shop:
• Penang (1st Avenue Mall) • Kuantan (Kuantan Parade)
• Johor Bahru (Tebrau City) • Kota Kinabalu (1Borneo)
• Kuching (Wisma Saberkas)
 

Each Samsung GALAXY Y owner is entitled to redeem 1 (one) pair of LMFAO Live in Malaysia concert tickets upon presenting their Samsung GALAXY Y. Tickets are on a first come first serve basis, while tickets last. 

Only Samsung GALAXY Ys bearing the Samsung Warranty Label are eligible for ticket redemption. 




TAK BELI telefon...boleh juga..


1. A shuffling contest will be held at Sunway Pyramid, Orange Entrance Outdoor Area on the 10th of March during the ticket redemption. 

2. To participate, contestants must send their complete and accurate information including Full Name, Identification Number and Mobile Phone Number to hailey@redantzevent.com. The first 20 submissions will qualify to compete in the Shuffling Contest. 

3. Winners for the contest will be determined by the amount of cheers received. The top 3 (three) Shufflers with the most amount of cheers will win 5 (five) tickets to LMFAO Live in Malaysia concert. 

4. Judges' decision is final, appeals will not be entertained. 


********************************************************************

"heran ,ajaib,...penyanyi yg suka mencarut,bercakap kotor,menari terkinja-kinja...satu seni ke?"
arak,dadah,pil khayal,berpesta,seks songsang,bebas,lakuan gila-gila,musnahkan diri...itulah perjuagan mereka ini....!!!!!!!!



Gambaran dunia canggih 2

بسم الله الرحمن الرحيم
kalaulah teknologi dah sampai tahap begini...lagi 20 tahun lagi ...

Gambaran dunia canggih...teknologi cermin

بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, March 6, 2012

ouch...that

بسم الله الرحمن الرحيم

Ever heard of Llanfairpwllgwyngyll-gogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch? It’s located in Wales, and is comprised of over 3,000 inhabitants, 76% of whom speak fluent Welsh.
It’s more commonly known as Llanfair PG because of the ridiculous length of its name, and translates from Welsh to, “St. Mary's Church in a hollow of white hazel near the swirling whirlpool of the church of St. Tysilio with a red cave.” The name of this town holds the European record for the longest place name at fifty-eight characters!

Printer ink is more expensive than blood!

بسم الله الرحمن الرحيم




While a printer is relatively cheap compared to what you might expect, printer companies make a majority of their money on the ink! Over the life of just one printer, you’ll most likely pay over 500% of the price of the printer on just refilling ink cartridges.
A traditional ink cartridge of 42ml costs around $30, for just plain black ink, while the Red Cross charges $200 for 500ml of human blood. This means that while blood comes out to 40 cents per ml, ink costs 71 cents

Friday, February 24, 2012

Tanda -tanda kiamat sudah ada...???sudahkah anda bersedia..??

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan salam blogger..
Berbicara tentang tanda,tanda kecik kiamat,mengikut kajian ulama' terdapat lebih dari 60 tanda-tanda kiamat kecil yang dapat di ambil dari hadis Rasulullah SAW.
Disini ingin di nyatakan sebahagian sahaja dari tanda,tanda tersebut untuk renungan bersama.

1-Hamba perempuan melahirkan tuannya
Menurut perbahasan ulama"ini adalah kiasan bagi ramainya anak derhaka yang akan muncul di akhir zaman,dimana seorang anak hilang rasa hormat kepada ibunya dan melayan ibunya seolah-olah hamba.

2-Para pengembala kambing yang miskin,tidak beralaskaki dan tidak berpakaian akan menetap digedung2 tinggi(Akan muncul ramai jutawan segera)

3-Penyerahan urusan bukan kepada ahlinya.
"Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,maka
tunggulah kiamat"
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

4-Semakin berkurangnya ilmu dan munculnya kejahilan manusia
(Ini mungkin disebabkan alim ulama'yang meninggal dan tidak ada pengganti)

5-Banyak berlaku pembunuhan
(Pada zaman ini kita dapat menyaksikan semua perkara itu didepan mata-kita sendiri)

6-Orang yang minum arak tapi menamakan perbuatan tersebut bukan dengan namanya
"sebahagian orang dari umatku akan meminum khamar dan mereka akan menamakan perbuatan itu bukan dengan namanya"

7-Banyak terjadi perbuatan zina

8-Kaum lelaki akan memakai sutera

muhasabah..sebentar..

بسم الله الرحمن الرحيم


Kali ni saya nak kongsikan pesanan Ibrahim Adham(Seorang sufi) berkenaan perbuatan yang yang menyebabkan doa kita terhalang dari dimakbulkan olehNya.
Saya percaya anda pernah baca kisah ini tapi ini sekadar peringatan untuk diri dan renungan bersama.
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals