Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, December 4, 2010

WEB porno punya hal..

 بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut adalah ststistik yang membinbangkan..sedar atau tidak..hobi yang patutu ditinggalkan..
Pengunjung web porno  pada setiap saat 28,258 orang.
Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

Thursday, December 2, 2010

SpeedUpMyPC 2010 4.2.1.1 Portable | 5.60 Mb

بسم الله الرحمن الرحيم


SpeedUpMyPC 2010 4.2.1.1 Portable | 5.60 Mb

SpeedUpMyPC – the award winning utility software that ensures your PC is automatically optimized for maximum performance in just a few easy clicks. SpeedUpMyPC is a system utility that helps you get the most out of your computer without being a Windows expert. It can can free up memory (RAM) and other resources, detect and optimize your internet connection, reassign CPU resources to improve performance and prevent crashes. It also includes a startup manager, that enables you to make Windows load faster dy disabling programs that you do not want to start automatically. The built-in bandwidth monitor allows you to keep an eye on your internet connection and can automatically detect your true connection speed. Additional features include browser optimization, automatic RAM cleaning and an interactive tray icon display. SpeedUpMyPC makes it easier than ever before to optimize your settings, free up resources, and remove resource hogs.


Alien Skin Plugins

بسم الله الرحمن الرحيم

Alien Skin Plugins for Adobe Photoshop AIO
8 Plugins | 50MB
Alien Skin Software makes Photoshop plug-ins for photographers and graphic designers. We distill advanced math and cutting edge research into simple tools that render beautiful pictures.
http://rapidshare.com/files/265462919/Alien_Skin_Plugins_for_Adobe_Photoshop_-_All_In_One.rar

bahasa -pemahaman bahasa dan kepentingan nya...

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa dan kekeliruan fahaman

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 24 Ogos 2010

PADA minggu ini perbahasan disambung tentang membetulkan kefahaman dalam persoalan agama dengan merujuk kepada kekeliruan yang timbul akibat tabiat bahasa dan istilah.

Dalam memahami agama, kita tidak dapat mengelak daripada berurusan dengan bahasa sebagai perantaraan menyampaikan makna.

Kadang-kadang suatu istilah atau ungkapan boleh membawa lebih daripada satu makna. Memilih makna yang salah akan membawa salah faham dalam agama.

Inilah tabiat semula jadi bahasa-bahasa dunia termasuklah Bahasa Arab sebagai bahasa utama Islam.

PERTEMBUNGAN KEPENTINGAN DIRI- dalam kristianisme

بسم الله الرحمن الرحيم
AGAMA KRISTIAN ; PERTEMBUNGAN DI ANTARA KEPENTINGAN DIRI

Beliau dikenali sebagai Reverent Anthony dan merupakan seorang berbangsa India. Setelah ALLAH SWT mencampakkan hidayahnya maka nama beliau bertukar kepada Tuan Haji Ayub Abdul Rahman pada tanggal 4 September 1978. Beliau pernah tinggal di Jerman bagi melengkapkan ilmu kerahiban serta menguasai dengan lancar bahasa Jerman.

Bahkan, Reverent Anthony menyatakan beliau amat fasih dalam beberapa bahasa utama dunia termasuk Latin disebabkan sistem latihan terancang agama Kristian.

Menurut beliau lagi, konsep Kristian amat jelas mengenai bayi yang lahir akan mewarisi dosa warisan. “Bukti” kepada mereka ialah apabila Nabi Adam dan Hawa makan buah larangan daripada ALLAH SWT. Lalu, setiap yang lahir akan mewarisi apa yang ada daripada yang melahirkan.

Hari ini, kalangan penganut agama Kristian hanya membaca Kitab Bible daripada New Testment disebabkan Kitab Bible Old Testment amat jarang ditemui apatah lagi dalam keadaan yang asli.

Melalui Kitab Bible Old Testment ada dinyatakan rahsia-rahsia yang terus disembunyikan berkenaan utusan Rasul akhir zaman, Sayyiddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. INSYAALLAH, akan penulis kongsikan nanti.

Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Agama Kristian baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara.

Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada istilah yang disebut Kristian.

TIGA TUHAN

nasihat dan peringatan

بسم الله الرحمن الرحيم
Sebagai seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan setiap perkara yang dibawah oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho Allah adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau mana-mana tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita semua. Kecuali kita jadikan ulamak atau orang alim sebagai idola dalam kehidupan kita, kerana orang alim atau ulamak adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulamak sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan Allah.

Shyubhah dalam MLM...awas!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Di dalam artikel ini saya ingin kemukakan beberapa kesalahan dan syubhat yang terdapat dalam sebahagian perniagaan MLM yang umum mengetahui bagaimana sistem itu beroperasi iaitu seperti sistem 'piramid'.








Artikel ini tidak ditujukan kepada mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan MLM secara khusus. Hanya secara umum sahaja. Jika perniagaan tersebut terdapat syubhat yang disenaraikan di sini, dinasihatkan supaya meninggalkannya dan bertaubat kepada Allah. Perlu diingatkan tidak semua syubhat yang dinyatakan di sini terdapat dalam semua perniagaan MLM, tetapi hanya sebahagian sahaja.

adab pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم

Menerangkan adab dalam kehidupan pelajar

Penerapan nilai-nilai murni dalam diri seperti amalan berdisiplin, adil, bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Ini kerana, pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada 2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat dan mengemaskini lagi pengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapai matlamat dalam melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Iman dan taqwa yang kukuh sebagai benteng ketahanan diri.
menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai pedoman hidup.
Mengamalkan tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah bagi memenuhi tanggungjawab ibadah.

Berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya.

Hanya menerusi iman dan taqwa yang mantap sahaja dapat mengawal diri pelajar daripada gejala negatif. Ini bermakna, adab dan akhlak Islam mesti menjadi induk utama kepada nilai-nilai materialisme, sekularisme dan sainstisme.

Tuntutan Islam juga menyeru umatnya berdakwah iaitu saling nasihat-menasihati mengikut kemampuan masing-masing bagi menjauhkan perkara keji daripada berlaku dalam masyarakat berikutan daripada pengaruh persekitaran atau budaya luar.

Tuesday, November 30, 2010

kelebihan dan nikmat membaca AlQuran

بسم الله الرحمن الرحيم
1.Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

2.Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.
3.Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.
4.Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.
5.Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah
6.Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.
7.Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

surah Al-Zaariyat(angin)

بسم الله الرحمن الرحيم

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1)
Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2)

Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3)

Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4)
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5)
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. (6)

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7)

nikmat yang abadi

بسم الله الرحمن الرحيم

peringatan dan petanda.....

بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Quran memberi peringatan, petanda agar manusia mengimani hari akhirat 
Salah satu daripada Rukun Iman ialah percaya hari akhirat seperti disabdakan Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibril AS mengenai iman yang bermaksud: "Iman ialah engkau beriman kepada Allah dan malaikatNya dan segala kitabNya dan rasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baiknya dan buruk." (Hadis riwayat Muslim)Dalam sambungan hadis di atas disebutkan maksudnya: "Khabarkan kepadaku perihal hari kiamat." Rasulullah SAW menjawab: "Tidaklah yang ditanya mengenainya lebih tahu daripada orang yang bertanya." Nabi SAW pun tidak mengetahuinya. 

Sebagai orang beriman kita beriman kepada hari kiamat dengan penuh keyakinan dan kebenaran, beriman kepada apa yang Allah SWT khabarkan mengenai hari kiamat dalam KitabNya dan apa yang dikhabarkan Rasulullah SAW mengenai segala hal yang akan terjadi selepas mati sehingga penghuni syurga masuk syurga dan penghuni neraka masuk neraka.

Sesungguhnya dalam kitabNya, Allah SWT berulang kali menyebut tentang hari kiamat , menjelaskan suasana di akhirat di banyak tempat sehingga 80 dp 114 surah2 dalam al-Quran menerangkan tentangnya. Allah sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda2 kejadian itu.

Kita beriman kepada segala yang akan berlaku daripada tanda hari kiamat sama ada tanda kecil (alamat al-shughra) atau besar (alamat al-kubra). Tanda itu ialah isyarat akan berlaku hari kiamat kerana ia termasuk dalam cakupan iman terhadapnya. 
Tanda kecil hari akhirat yang mempunyai landasan dalil syara' muktamad antaranya: "Banyak berlaku pembunuhan, mengharapkan mati kerana musibah yang dahsyat, keinginan agar dirinya seperti orang yang mati dan berandaian dia sudah mati kerana dahsyatnya petaka yang dihadapi, ramai meninggal dunia tiba-tiba, maut kerana gempa atau wabak, lelaki sedikit daripada perempuan, wanita berpakaian tetapi telanjang, melebarnya pelacuran di jalan dan munculnya penyokong orang zalim daripada kalangan petugas keselamatan yang mendera manusia.
Tandanya kiamat lain ialah munculnya alat muzik, arak, perzinaan, riba, pemakaian sutera halal bagi lelaki, terbenamnya sebahagian bumi dengan segala di atasnya, muncul perubahan bentuk tubuh dan bermaharajalela fitnah.

mandi wajib....


بسم الله الرحمن الرحيم
Mandi wajib bagi anak-anak yang baru baligh hendaklah diajar sehingga mereka faham betul-betul. Walaupun diajar oleh ustaz atau ustazah di sekolah. Ibubapa sekali lagi kena periksa dan tanya mereka lagi seandainya mereka ini betul-betul faham maklumlah takut akan terbawa sampai ke tua cara yang salah. Penulis selalu bertanya pada anak-anak walaupun mereka malu tetapi wajib kena ambil tahu perkara ini.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya.

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer