Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, May 8, 2010

tambah lah dosa itu..

LEDANG: Akibat percayakan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan selaput dara yang hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin, dua remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa melalui ‘ritual’ pelik termasuk melakukan hubungan seks ‘tiga serangkai’ dengan bomoh berkenaan.
Tok Muda yang berusia 19 tahun mendakwa boleh mengembalikan selaput dara melalui ilmu diperturunkan ibunya yang kononnya pakar sakit puan di sebuah hospital pakar swasta di Johor.
Dalam kejadian di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira jam 11 malam, 30 April lalu, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan menuruti kehendak Tok Muda terbabit, namun apabila suspek mengugut mahu menyebarkan gambar bogel mereka, mereka terpaksa menuruti kehendaknya.
Sumber memberitahu, kedua-dua perempuan berkenaan yang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi seorang rakan lain sebelum berhubung melalui telefon selama empat bulan.

Katanya, pertemuan pertama mereka di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan ketika itu seorang daripada mangsa menceritakan masalahnya yang kehilangan dara ingin memulihkannya.
Katanya, lelaki terbabit memberitahu dia mempunyai kebolehan memulihkan selaput dara berdasarkan ilmu diperturunkan ibunya yang bertugas sebagai pakar sakit puan sebelum mereka bersetuju menyewa bilik di sebuah pusat peranginan di sini pada hari kejadian.
“Apabila tiba di situ, Tok Muda mendakwa kononnya dia tahu sama ada seseorang itu masih dara atau tidak dengan hanya melihat tahi lalat di punggung serta bentuk tubuh wanita dan meminta kedua-dua mangsa berbogel di dalam tandas.
“Mangsa menuruti arahan suspek dan ketika berbogel, gambar mereka dirakam lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, selepas itu suspek memberitahu kedua-dua mangsa mereka tiada dara, namun mendakwa dia boleh mengembalikan selaput berkenaan dengan syarat perlu melalui ritual iaitu hubungan seks tiga serangkai dengannya.
Katanya, kedua-dua mangsa pada mulanya enggan mengikuti kehendak suspek, namun terpaksa akur selepas diugut gambar bogel mereka akan disebarkan jika berdegil.
Selesai dan puas melakukan upacara pelik itu, keesokannya lelaki terbabit meninggalkan mangsa di sebuah kedai dengan alasan terpaksa pulang segera kerana mendapat berita kematian ahli keluarganya.

Friday, May 7, 2010

YM user...worm spreading...


Worm is spreading via Yahoo Instant Messenger Thursday that tricks people into downloading what they think is a photo from a friend but is instead malware that installs a backdoor on Windows systems and spreads to a victim's IM contacts.
The worm arrives via a message from a contact with the word "photo" or "photos" and a smiley face icon, along with a link to a Web site resembling a Facebook page, MySpace page, or some other page where photos might reside.
If the user clicks on the link on a Macintosh system, an executable file will be downloaded, but no further action will occur. On a Windows system, the executable will download and if the user runs the file, the computer will become infected and the malicious message will be distributed to all of the IM contacts.
"Once run, the worm copies itself to %WinDir%\infocard.exe, then it adds itself to the Windows Firewall List," modifies registry keys, and stops the Windows Updates service, according to Symantec.

cinta baru kahwin ?


CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.
 Kita lihat kepada dalil Quran yang melarang menghampiri zina iaitu Surah al-Isra’;32
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
 Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.
Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ana berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Pembangunan yang tak perlukan ulama....???????


Salam bahagia dan salam gembira dari saya kepada anda semua.
Rasa terkilan apabila masyarakat sekarang ini meminggirkan orang agama dan beranggapan bahawa orang agama ini hanya sekadar baca doa, imam masjid, khalifah Yassin dan Tahlil dan sebagainya. Sering didengari di mana-mana tempat ulamak dan orang agama dihina dan dicaci, kononnya orang agama tidak tahu cakap inggeris, tidak tahu pentadbiran, tidak tahu teknologi, tidak tahu bermasyarakat, tolak pembanggunan dan banyak lagi. 
Sedih betul saya, apabila ulamak dan orang agama dihina dan dianggap kuno dan tidak sesuai bercakap pada zaman ini. Masyarakat sekarang ini mengatakan hebat dan bertamadun bagi orang berkelulusan luar negara, kelulusan doktor (medic), kelulusan undang-undang, kelulusan bisnes dan sebagainya. 
Mereka menganggap lekeh dan hina orang yang berkelulusan Azhar, kelulusan Pengajian Islam, Kelulusan Syariah, Kelulusan Usuluddin dan sebagainya. Orang agama atau ustaz dan ustazah ini tidak diperlukan untuk pembanggunan negara, tidak diperlu di dalam masyarakat dan sebagainya. Contoh dapat dilihat sekarang ini seperti kebanyakkan ibu dan bapa tidak mempunyai keinginan langsung untuk menghantar anak mereka ke Pengajian Islam, ada ibu bapa apabila anak masuk sahaja tahun 6 sekolah rendah diberhentikan anak tersebut dari sekolah arab (agama) dengan alasan anak tersebut perlu tumpu 100% untuk UPSR.
Inilah yang dinamakan masyarakat sikular mengasingkan agama dan dunia, menganggap Pendidikan Islam ini tidak penting dalam didikan anak-anak mereka.

Ustaz dan ustazah tidak penting dalam keluarga mereka, ustaz dan ustazah hanya menjadi tukang membaca doa dan imam di masjid sahaja. Inilah kesalahan dan inilah yang dinamakan munafik dan fasik, kerana meminggirkan Islam dibelakang dan menganggap Islam itu hanya doa, solat, tahlil, kahwin, bercerai dan Islam tidak sesuai untuk pentadbiran, Islam tidak sesuai untuk perlembagaan, Islam tidak moden dan sebagainya.

Mahasiswa dalam dilemma

Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar gagal ambil periksa
Mahasiswa kecewa   
Kekesalan jelas terpampang di wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan? Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu Encik Khairi Jalaluddin.
Beliaulah punca mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian. Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar, tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.

Isu Pitbull


 Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Pihak Puspal  tidak  teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada agen dan artis sekiranya ia terbukti secara fakta melanggari sebarang syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Demikian kenyataan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kepada Harakahdaily petang tadi sebagai merujuk artikel yang bertajuk “PAS desak kerajaan jelaskan lulus konsert Pitbull”.
Harakahdaily hari ini melaporkan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa meluluskan persembahan konsert Pitbull pada 15 Mei ini.
“Bagaimanakah artis seperti Pitbull berjaya mendapat kelulusan untuk membuat persembahan sedangkan video clip dan lirik lagu beliau ternyata berbaur lucah dan membawa pengaruh seks rambang, budaya penagihan dadah sebagai rekerasi?” tanya beliau.
Katanya, penjelasan itu perlu dibuat oleh pihak Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana Pitbull membawa unsur negatif kepada rakyat negara ini.
“Bukankah kementerian harus mempertahankan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat Malaysia supaya tidak didedahkan kepada elemen-elemen dan unsur–unsur negatif yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia amnya?” katanya lagi.
Kenyataan itu menyebut Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Puspal sentiasa mengambil pandangan berat mengenai kemasukan artis luar ke negara ini supaya ianya sentiasa selari dan mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

 Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah.
Peraturan ini telah dipanjangkan kepada agen yang mewakili artis Pitbull untuk diteliti dan dipersetujui. Pihak agen dan artis yang berkenaan telah pun menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Berdasarkan persetujuan tersebut dan penilaian yang terperinci, maka pihak Puspal telah pun meluluskan permit kemasukan artis ini. Dalam erti kata lain, artis Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah. Manakala, pihak penganjur pula berjanji akan memastikan semua penonton yang menghadiri persembahan konsert pada  malam itu  akan sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.
Pitbull adalah hanya satu daripada kumpulan-kumpulan artis yang akan membuat persembahan dalam Festival Muzik yang akan diadakan di Genting Highlands pada 15 Mei 2010.  Lokasi dan jangka masa persembahan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.  Festival Muzik ini melibatkan persembahan daripada DJ dan artis tempatan serta DJ antarabangsa lain.  Dalam Festival Muzik ini, persembahan Pitbull hanya 1 jam 30 minit.

Pihak Puspal tidak sahaja berfungsi untuk meluluskan permit, tetapi juga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal selia segala pergerakan artis luar semasa persembahan  konsert dan sepanjang artis itu berada di Malaysia, bersama-sama pihak polis. Pemantauan dan kawal selia akan juga dilaksanakan semasa persembahan dan sepanjang artis Pitbull berada di negara ini.
Oleh itu, tambah kenyataan itu segala dakwaan Timbalan Presiden PAS yang membayangkan perkara-perkara negatif  akan berlaku tanpa sebarang telitian dan kawalan daripada pihak Puspal  adalah tidak benar dan meleset.

Buat dosa di Facebook...

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

LELAKI PILIHAN 2

Orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh……..
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
1. MENCARI NAFKAH………. Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

LELAKI PILIHAN

 CIRI LELAKI SOLEH...
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

pengertian

Assalaamualaikum..

Sedikit perkongsian apa yang diajar oleh guruku mengenai TAUHID..

TAUHID itu ibarat KEPALA
-Manusia tanpa kepala akan mati.. Menandakan Begitu pentingnya TAUHID..

HATI itu KUSYUK
- Tawadduk,Percaya dan Yakin Kepada Kekuasaan ALlah

ANGGOTA BADAN / JASAD itu TAAT
-Membuat segala yang WAJIB dan Meninggalkan segala yang HARAM

P/S: Moga manfaat untuk dunia dan akhirat. InsyaALlah.

Thursday, May 6, 2010

haruan balun anak

KANGAR: Seorang tukang paip berusia 29 tahun dihukum penjara 13 tahun dan lima sebat selepas didapati bersalah meliwat anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, pada 15 September tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Wan Norzannuar Wah Ahmad selepas mengambil kira keseriusan kes berkenaan, terutama tindakan tertuduh yang meliwat anaknya sendiri.
**orang ni kalau tinggal kat arab..tak berani dia..**

Wednesday, May 5, 2010

PERKARA BIASA part2...

PERKARA BIASA bila tiap-tiap hari Jumaat ..orang lelaki bal;igh pi sembahyang JUmaat,sebelum azan pertama,......tapi banyak yang dok melepak di shopping komplek,taman bunga restoran cina,coffe house...?buat tak der mende jer...???tak tau hukum ke?mat bangla,mat indon ramai pulak dat masjid???
PERKARA BIASA bila time nak senja anak-anak masuk rumah,mandi ,siap-siapkan diri nak solat di masjid,surau,rumah....tapi kebanyakan main bola,sepak raga,pasar malam,melepak kedai kpopi,arked game kuda loongkang,pusat snooker,mcmmcm lagii.....tonton senetron....tak tau ke..?
PERKARA BIASA bila pakao baju melayu,kain pelekat.berketayap,berkopiah,berserban,...anda akan dicop kolot,ketinggalan zaman,not trendy....lain la kalau pakai seluar pendek,baju jarang,rantai,gelang emas,nak singgah sembahyang tahyyatul masjid pun tak boleh..pompuan pulak,kain tak cukup,baju diluaskan bagi nampak lurahan,seluar ketat,nampak bentuk  celahan...baju jrang shape body bra transpherent...trendly look..
PERKARA BIASA bila seorang bapak boh penampar bila dapat tau anaknya llaki ke?pompuan ke.balik rumah jam 3 pagi...tapi anda akan didakwa mendera kerana melanggar hak asasi kebebasan manusia..BERAT ni...kena cakap baik-baik kat anak yang pulang rumah jam 3 pagi,"baru balik yeaa,penat yeaa,..kesian...terhoyonghayang ni...meh buka kasut...lain kali jangan balik lewat SANGAT,pkul 12,1 pagi OK la...kao nak release tension..."......kan AlQuran itu sebaik-baik ubat penawar duka...
PERKARA BIASA bila dah tua,dewasa pun dok belajar mengaji AlQuran.....hari-hari baca surah ALFatihah....apabila diajak kekawan untuk pergi belajar mendalami ilmu tajwid...walaupun baru, dan hari-hari bacaan alfatihah..."kebanyakan orang menganggap  mereka dah pandai baca surah ALFATIHAH,cuba tenung dan dengar betul-betul bacaan Qari ...jauh beza...jangan ambil mudah.   alFatihah adalah doa...bacaan yang salah akan dilaknat malaikat dan surah tersebut...sebaliknya bacaan yang betul dari segi makhraj,fashohah,hukumtajwidnya...dan bacaan penuh tawadduk....akan diberkati...hai tengok aje pun dapat pahala...malah baca,cari tafsir,maksud...lagi le...

**Banyak lagi nak cerita nih...poning dah den***

FIQIR,RENUNG,ACTION....?part 1 PRKARA BIASA....??

nak mende nye?maju,tamaddun,empayar,kaut semua.....
psikologi  dianggap sebagai penyelesaian masalah kesosialan...merangkumi banyak bidang,awam,hospitalism,pendidikan,malah bab keagamaan...dah lama diterangkan dalam ALQURAN.
kemudian kemunculan budaya gelek..dan goyang gerudi..pada mulanya agak janggal..yanag kemudiannyaditakrifkan sebagai PERKARA BIASA..Gaya lgoyangan yang mengiringi rentak dangdut,terkial-kial,punggung sengaja ditunjalkan,seperti aksi pelakon porno, digilai..malh di pasar-pasar malam,menular kepantai timur...

Kemudian timbul pula budaya PUNK,SKINHEAD,..yang ntah apaapa..(ikut trend)black  metal...akibat dari pengaruh TV,media massa yang diberi kebebasan full....NAK UNTUNG....ikut psikologi..ini PERKARA BIASA..,...sihat...mereka nak meluahkan perasaan yang terpendam...tak boleh dihalang...kemudian timbul pula Gangstarisme...3 line,77,39,ntah apa lagi...?PERKARA BIASA lagi...dan tahun-tahun terdekat ini...JIT..jangan ikut tuhan.pula.....KEJUTAN>>>terkejut...dan giliran GAY,maknyah,LEs B,..ambil tempat...dan semacam diiktiraf masyarakat.........PERKARA BIASA...

penularan video klip  porno dari telefon bimbit,bersepah,bercambah..merata-rata,murah pulak.....PERKARA BIASA...kegunaan teknologi...PERKARA BIASA......
bersekedudukan,test market ..orang islam pulak...kena tangkap,denda,....PERKARA BIASA....(kata org psikologi-pasangan yang bercinta perlukan ruang untuk melahirkan perasaan,buktikan cinta)dan mutakhir ini,....kes dera,Buang anak...budak-budak membunuh...pun PERKARA BIASA ke....kata hasutan,fitnah,.melaknat orang dah jadi PERKARA BIASA....

Mungkin nanti akan terjadi  ....apabila kita keluar bersiar-siar,...terserempak..pasangan tengah melakukan hubungan seks di tepi jalan,...berduyun-duyun,...ada port pulak...bayi=bayi kecil baru lahir tak berbapa bersepah,....gerai  arak..bersepah tepi jalan,....kena spare pistol,senapang,shockgun...penyamun,perogol, merata-rata.......ini kan PERKARA BIASA.......
jadi...apakah cara terbaik......(kena tanya pakar psikologi)PErKARA BIASA.....

Tuesday, May 4, 2010

ayah ANGAU, perasan muda..hah hah hah


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Klang, Selangor, sejak beberapa minggu lalu, dipercayai dilamun cinta sebelum membuat keputusan nekad mengikuti seorang wanita warga Indonesia pulang ke negara asalnya.
Malah, lelaki berusia 60 tahun yang masih beristeri dan bekerja sebagai pengawal keselamatan itu, sanggup menjual keretanya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membiayai tambang bot perjalanan ke Indonesia.
Kehilangan lelaki terbabit bersama wanita warga Indonesia berkenaan didedahkan seorang anak warga emas itu yang hanya ingin dikenali sebagai Khairul, 30-an.

konsert perang nyawa !!GILA


KUALA LUMPUR: Kerja gila dan tidak ubah seperti ‘konsert tarik nyawa’ apabila dua kumpulan
Mat Rock warga Indonesia menjadikan temasya terbabit sebagai gelanggang pergaduhan sehingga menyebabkan puluhan cedera, manakala seorang mati akibat ditetak hampir putus leher.
Lebih mengerikan apabila pergaduhan berkenaan yang berlaku di khalayak ramai seolah-olah diatur lebih awal apabila kebanyakan pendatang terbabit datang berhibur sambil membawa pisau, kapak, kerambit dan parang sebagai persediaan untuk `berperang’.
Difahamkan, lebih 100 warga Indonesia yang bertempur membawa hampir dua guni senjata tajam yang dijadikan bekalan untuk membunuh sesiapa sahaja yang diingini hanya kerana perselisihan faham kecil yang dipercayai ada kaitan dengan dendam lama dan perbezaan daerah. Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 40-an, berkata pergaduhan itu tercetus kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, ketika ribuan warga asing, majoriti dari Indonesia menghadiri konsert kumpulan rock dan pop dari negara itu anjuran sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air Menurutnya, keadaan mula tidak terkawal sejak awal konsert apabila beberapa penonton gagal mengawal diri sebelum mencetuskan rusuhan.

Monday, May 3, 2010

Miami rapper  
Pitbull has announced he will be bringing his 'Mr. Worldwide's Carnaval' tour, his largest outing yet, to the U.S. this spring. The bilingual MC is currently in the middle of the international leg of the tour, which stops in Australia, Latin America, Europe and Asia, and will return to the U.S. for the Billboard Latin Music Awards on April 29.
Pitbull's proper U.S. leg kicks off May 25 in Denver and is scheduled to hit 19 cities across America before wrapping June 28 in at Milwaukee, Wisc.'s Summerfest. To complement the Carnaval theme, Pitbull will be touring with a live band and a troupe of Brazilian dancers, and will be promoting his new album 'Armando,' which will be released in both English and Spanish this June.
**Orang ini datang ke Malaysia nyanyi..dan berdakwah pegangan dia...apa itu..tahukah anda?siapa dia ni**

iPAD selling like fried bananas!!!


CUPERTINO, Calif., – Apple Inc. said Monday that is has sold 1 million of its new iPad tablet computers in the month after its launch, meaning it's been selling more than twice as fast as the iPhone did when it was new.

Apple said it reached the milestone on Friday, when the new 3G model of the iPad was delivered to its first buyers. That model can access AT&T's cellular broadband network.
The first models had only Wi-Fi access."One million iPads in 28 days — that's less than half of the 74 days it took to achieve this milestone with iPhone," said CEO Steve Jobs. Demand keeps exceeding supply for the tablet, he added.
The iPad went on sale in the U.S. on April 3. Apple has already the delayed the international launch of the device, saying sales in the U.S. were unexpectedly strong. It's planning to start taking orders for the iPad from international buyers on May 10.
In morning trading, Apple shares rose $3.01 to $264.10.
The iPad is half an inch thick and has a 9.7-inch screen. The Wi-Fi-only models start at $499, and the 3G models at $629.

new info for surfer...Web drive mapping


WebDrive is more than just an FTP Client. By connecting to WebDAV, FTP, Amazon S3, FTPS, or SFTP servers through a virtual drive, there is no need to run a separate FTP client interface.

Unlike a typical FTP client, WebDrive allows you to open and edit server-based files without the additional download step. WebDrive has built-in support for the industry standard SSL protocol. When used in conjunction with secure WebDAV, FTP, FTPS, or SFTP servers, WebDrive will open an encrypted tunnel between the client computer and the remote server; giving you secure transmission of critical data over the Internet. WebDrive can also be used as an alternative to a corporate VPN. Install the WebDrive client and an SSL enabled server, and WebDrive can act as the VPN for your company; an efficient alternative to an expensive VPN and non-secure FTP client connections.
Use the site manager to define the servers you wish to map to drive letters. Enter the server URL and your username and password and press “connect,” to map the selected drive letter to your server. You can map different directories on the same server to unique drive letters. This provides easier access to frequently updated directories. You can also map unique drive letters to different server types – one drive to an SFTP server, one to a WebDAV server and another to an FTP or FTPS server

dah kena cekup si 'blackmail'

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas oleh sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lepas, Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu.

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer