Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Monday, November 22, 2010

INFOaktiF}: SYAITAN KEJUTKAN SOLAT SUBUH?

INFOaktiF}: SYAITAN KEJUTKAN SOLAT SUBUH?: "بسم الله الرحمن الرحيم Syaitan yg mengejutnya utk Solat~ Satu hari, akibat keletihan yg amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jalani hampir..."

بسم الله الرحمن الرحيم

RAHSIA WUDHU'

بسم الله الرحمن الرحيم



Rahsia wudhu’ dari sudut kesihatan

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

5 KEWAJIPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh SALADDIN SYED ALI
PADA satu kesempatan Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang Muslim mempunyai lima kewajipan atas Muslim yang lain, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazahnya ke kuburan, memenuhi undangan dan jika bersin mengucapkan Alhamdulillah.

Ada yang menganggap nasihat-nasihat yang baginda berikan adalah perkara biasa sahaja, padahal jika dikaji dan diselidiki satu-persatu, kita akan mendapati nasihat-nasihat tersebut sangat berfaedah bagi suatu kehidupan bermasyarakat.

1. MENJAWAB SALAM

Jika ada seseorang memberi salam, kadang-kadang begitu sahaja kita menjawabnya dan bahkan ada yang hanya menganggukkan kepala sahaja. Seolah-olah ia merasakan mempunyai martabat yang lebih tinggi dan

SYAITAN KEJUTKAN SOLAT SUBUH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Syaitan yg mengejutnya utk Solat~

Satu hari, akibat keletihan yg amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jalani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh sudah hampir.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yg berupa seekor kucing itu.

" Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh padahal kau amat benci kepada orang yg solat?"
" Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh " jawab syaitan.

Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, " Kenapa? "
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yg takutkan Allah.
" Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius, " kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi, " Kau akan bersedekah. kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu nanti!"

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer