Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, August 21, 2010

makruh semasa melakukan ibadah puasa

بسم الله الرحمن الرحيم


Perkara-perkara makruh semasa melakukan ibadah puasa
  1. berkumur-kumur dengan keterlaluan
  2. merasa makanan dengan lidah
  3. bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  4. memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  5. memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  6. gosok gigi setelah gelincir matahari
  7. mencium isteri
  8. menderma darah
Selamat berpuasa :-) ihya ramadhan..

Rampasan Eramin 5 ,...bernilai RM15.2 juta

بسم الله الرحمن الرحيم

IPOH: Polis merampas lebih sejuta pil khayal Eramin 5 bernilai RM15.2 juta dalam serbuan disebuah gudang di sini semalam, hasil susulan daripada terbongkarnya kegiatan sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor, minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, sebanyak 1,015,500 biji dadah itu dijumpai dalam gudang sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Kuala Kangsar di sini.
Beliau berkata dadah berkenaan tersorok dalam 58 gulungan kain

Perantau yang lupa...

بسم الله الرحمن الرحيم

KANGAR: Seorang lelaki yang mendakwa merantau untuk mendalami ilmu agama sambil membawa bungkusan besar berisi pelbagai kitab, kini terlantar di sini sejak Isnin lalu dan ingin pulang ke pangkuan keluarga.

Isu Wahabi: Mufti Perlis mahu majalah disiasat

بسم الله الرحمن الرحيم

UALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya hari ini menggesa pihak berwajib di peringkat persekutuan mengambil tindakan terhadap sebuah majalah agama yang didakwa anti perpaduan dan menghasut masyarakat untuk berpecah belah. Katanya, pada saat kesatuan negara semakin diperkukuh oleh slogan 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan persekutuan, namun masih wujud cubaan yang mahu mencetuskan perbalahan isu keagamaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini bagi merujuk tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos 2010, bertajuk "Penyelewengan Wahabi" yang antara lainnya menyebut bahawa tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri,**

RAMADHAN BULAN AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم



RAMADHAN BULAN AL-QURAN
Allah SWT menurunkan kitab Al-Quran yang mulia sebagai petunjuk bagi manusia, penawar bagi kaum muslimin, membimbing manusia ke jalan yang lurus, menjelaskan jalan petunjuk yang diturunkan pada malam

10 keutamaan orang yg berpuasa

بسم الله الرحمن الرحيم



Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya

Ramadhan al MUBARAKHAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan adalah bulan yang dirindui, bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Di dalam bulan Ramadahn, Allah SWT menurunkan kitab yang mulia dan merupakan petunjuk dan cahaya kepada seluruh umat. Ramadhan juga memberikan kemenangan besar bagi hambaNya pada masa perang Badar. Ramadhan adalah bulan istimewa dan merupakan nikmat yang sangat besar apabila seseorang berada dalam bulan Ramadhan...

mendoa kan orang yang memberi...makan..sedeqah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Mendo`akan orang yang memberi

Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendo`akan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendo`akan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah di sebutkan Imam Abu Daud didalam sunannya :

عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة رواه أبو داود

Artinya : Telah berbuka puasa orang -orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendo`akan kamu.
( H.R Abu Daud no : 3854 ).

Berikhtikaf..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ber`itikaf

Diantara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان

artinya : Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.
( H.R Bukhari , no : 2025 ).

Menjaga LAILATURQADAR...sebarkan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjaga Lailatu al-Qadar

Di sunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :

عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان

artinya : Hendaklah kamu mencari malam qadar itu pada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.

Nur Ramadhan - Memberi Makan Sebagai Salah Satu Cabang Ihsan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ihsan adalah ruh kepada iman dan tanda kesempurnaannya. Ihsan ertinya merasakan bahawa Allah sentiasa bersama kita, memerhatikan tiap tingkah laku kita, mengetahui apa sahaja perbuatan kita baik dalam keadaan terang-terangan mahupun dalam sunyi dan penuh rahsia. Ihsan ini hadir dalam jiwa yang menyintai Allah dan takut pada-Nya. Juga dalam diri yang sentiasa mengharapkan redha Allah dan kurniaan-Nya, serta gerun akan azab perbuatan buruknya disisi Allah.

Amalan Rasullullah S.A.W di bulan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer