Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, August 21, 2010

Rampasan Eramin 5 ,...bernilai RM15.2 juta

بسم الله الرحمن الرحيم

IPOH: Polis merampas lebih sejuta pil khayal Eramin 5 bernilai RM15.2 juta dalam serbuan disebuah gudang di sini semalam, hasil susulan daripada terbongkarnya kegiatan sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor, minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, sebanyak 1,015,500 biji dadah itu dijumpai dalam gudang sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Kuala Kangsar di sini.
Beliau berkata dadah berkenaan tersorok dalam 58 gulungan kain
dengan setiap gulungan mengandungi tiga bungkusan pil itu.

"Ini adalah rampasan terbesar pil Eramin 5 di negara tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zul Hasnan berkata, penemuan berkenaan adalah hasil tangkapan 17 anggota sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga asing di Ayer Hitam pada 12 Ogos lalu.
Dalam tangkapan berkenaan, mereka yang ditahan berusia antara 28 dan 74 tahun
terdiri daripada sembilan rakyat tempatan, empat warga Taiwan, tiga warga
Singapura dan seorang warga Indonesia. Tiga daripada mereka adalah wanita iaitu
dua warga Taiwan dan seorang wanita tempatan.
Katanya sindiket berkenaan tertumpas hasil risikan selama lebih setahun oleh
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang mendapat kerjasama Bahagian
Penguatkuasaan Dadah Taiwan.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti anggota sindiket
yang lain dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
ementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata, negeri
ini bukan menjadi pusat pengedaran dadah, sebaliknya hanya dijadikan transit
untuk aktiviti jenayah itu.
Sindiket itu adalah sindiket antarabangsa dan dipercayai dadah itu untuk pasaran tempatan dan juga ke negara jiran.
Zul Hasnan berkata hasil rampasan berkenaan, pengaliran hampir 2 juta pil
Eramin 5 telah berjaya disekat.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik juga menyita RM4.2 juta nilai harta
sindiket berkenaan termasuk beberapa kereta dan mata wang asing.
Dalam serbuan di sebuah stor pakaian di Ayer Hitam pada 12 Ogos lalu, polis
menemui 529,500 biji pil Eramin 5 disembunyikan dalam empat patung peragaan
pakaian dan ekoran penemuan itu, polis menyerbu dua rumah di Johor Baharu
dan merampas 295,000 biji pil Eramin 5, 15 kilogram ketamin dan 890 biji pil
'dormicum'.
Sementara itu Zul Hasnan enggan mengulas sama ada sindiket itu beroperasi di
bawah syarikat berasaskan perniagaan tekstil untuk mengaburi mata pihak
berkuasa. -Bernama
**tu yang dapat tangkap..mungkin sebelum dah berapa banyak berjaya diloloskan...mungkin nih pasai dengki sesama mereka..tu yang pecah lubang...**

1 comment:

  1. Tahniah PDRM. Bila dapat jalankan siasatan secara diam dan tenang tanpa gangguan dan khianat dari penganut penganut negetisma negara. Hasilnya cukup hebat. Tahniah.

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals