Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, August 21, 2010

Perantau yang lupa...

بسم الله الرحمن الرحيم

KANGAR: Seorang lelaki yang mendakwa merantau untuk mendalami ilmu agama sambil membawa bungkusan besar berisi pelbagai kitab, kini terlantar di sini sejak Isnin lalu dan ingin pulang ke pangkuan keluarga.

Namun dia sendiri tidak ingat alamat sebenar tempat tinggalnya. Lelaki itu, yang ditemui menginap di Masjid Alwi di sini, memperkenalkan dirinya sebagai Abdullah bin Othman dan berkata berasal dari Kampung Majidi, Johor. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menahan lelaki itu semalam, seterusnya merujukkannya kepada Jabatan Imigresen Perlis kerana menyangka ia warga asing memandangkan ia tidak mempunyai sebarang dokumen. Pengarah Imigresen Perlis, Zahirul Fahmi Zaini berkata, pihaknya percaya lelaki itu adalah warga negara ini tetapi Jabatan Pendaftaran yang dirujuk gagal mengesan identiti sebenarnya. "Kami akan serah semula lelaki ini kepada JKM hari ini," kata Zahirul di pejabatnya hari ini. Beliau percaya umur sebenar lelaki itu jauh lebih muda dari usia 40 tahun yang dinyatakannya. Zahirul berharap orang ramai yang mengenali lelaki itu atau warisnya menghubungi JKM Perlis, Jabatan Imigresen atau mana-mana balai polis berhampiran. Ketika disoal wartawan, lelaki itu mendakwa ia telah berada di Kelantan dua bulan untuk menuntut ilmu agama sebelum ke negeri ini.
Lelaki itu kemudian membacakan surah al Fatihah yang katanya telah dipelajarinya di negeri itu. "Hanya surah itu sahaja yang saya belajar di Kelantan," katanya yang memakai baju Melayu sambil berharap ada pihak yang membantu menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga. Katanya, ibunya bernama Salbiah Ahmad dan bapanya Othman. Ditanya sama ada ia ada mengambil makanan hari ini, dia segera menjawab, "Saya berpuasa". -Bernama
**betui betui ka lupa ..saja buat lupa pasai dah kena tahan.. atau ada agenda tersendiri ..ramadhan nih banyak buat ibadat..bukan ambil kesempatan..**

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals