Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Tuesday, November 29, 2011

Candlelight Vigil

بسم الله الرحمن الرحيم

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah : 
بسم الله الرحمن الرحيم


Maksud Hijrah

Secara harfiyah makna hijrah berasal dari kata bahasa arab hajara-yahjuru-hijratan yang berarti perpindahan ke lain negeri atau pemisahan diri dari keluarga dan sahabat handai atau negeri asal. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani.

Tuesday, November 22, 2011

Perlukah?Patutkah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Masalah sosial ini tidak akan selesai selagimana kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam sahaja yang mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan. Ini juga telah ditegaskan oleh Syeikh Sayyid Al-Qutb dengan mengatakan bahawa Islam sahajalah wadah yang mampu untuk memberikan keadilan sosial bagi umat sejagat. Firman Allah SWT yang berbunyi :

 “Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)

Mari kita renung dan selidiki kalam Allah di atas ini, jelas bahawa Agama Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk mencegah dan merawat masalah sosial ini. Untuk memastikan formula ini berkesan, maka para pendakwah hendaklah menyusun strategi yang baik untuk mengatasi masalah sosial ini. Para pendakwah perlu mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif untuk melaksanakan segala dakwahnya. 

Menjaga hubungan ....

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang di dalam Islam.

Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-Hujurat ayat 10).

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).

Baginda bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yangdipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.”(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Menghubungkan silaturahim banyak faedahnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru keterlanjuran kata-kata bapa mentua anda itu perlulah segera dimaafkan kerana sebagai menantu kita tidak boleh menyimpan perasaan marah atau benci.

Wednesday, September 28, 2011

Bengkel Literasi Teknologi Maklumat

بسم الله الرحمن الرحيم

Teknologi Pendidikan dalam P&P,BTPN Kedah ,Alor Setar.
26 - 29 September 2011,
Anjuran : Bahagian Teknologi Pendidikan ,KPM.




Tuesday, September 20, 2011

Monday, August 1, 2011

Ahlan..ahlan ya RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

syukur.....ia datang lagi,rebutlah promosiNYA..

Monday, July 4, 2011

MAHAsistwuwa....PPG_kampus Perlis...

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdullilalh..doa dan kesabaran ,hajat kesampaian juga.Bermula pula perjugan baru,ilmu baru,rakan2 baru.ALHAMDULILLAH,aku berSYUKUR....
http://www.facebook.com/pages/PPG_IPGMperlis_jun2011_muzA,
 Welcome to the Frontpage IPGM/portal

Sunday, June 26, 2011

Fahami,renung renungkan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?

Keindahan syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

Tuesday, June 21, 2011

just so many SIGNS...why y're deny it

بسم الله الرحمن الرحيم

50 Signs of the Day of Judgment From the Words of Allah and His Messenger SAW
The Signs are listed in roughly chronological order, although the order is not necessarily precise, especially for those in the future.
This is a brief summary of the signs; there are many books, articles, cassettes etc. which discuss these in greater detail. May Allah enable us to recognise and heed the Signs, and strengthen us in the times of tribulation.
"Are they waiting for anything except the Hour, to come to them suddenly? But its Signs have already come!" [Muhammad:18]

{فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً ۖ فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا} [محمد:١٨]
Transliteration: Fahal Yanžurūna 'Illā As-Sā`ata 'An Ta'tiyahum Baghtatan Faqad Jā'a 'Ashrāţuhā
Past
1. Splitting of the Moon.
2. Death of the Prophet Muhammad, may Allah bless him and grant him peace.
3. A form of death which will kill thousands of Muslims. (Understood to refer to the plague of Amwas during the
caliphate of ‘Umar ibn al-Khattab.)

Jealousy and envy

بسم الله الرحمن الرحيم

Hasad (jealousy and envy) is among the most destructive emotions which a man may develop toward his fellow human being. With Hasad, a person will wish evil for others and will be happy when misfortune befalls them. The Prophet (peace be upon him) warned against envy by comparing it to fire that completely burns the wood. He (peace be upon him) said: "Beware of jealousy, for verily it destroys good deeds the way fire destroys wood." (Abu Dawood)
Hasad can take a person into disbelief because he may conclude that Allah has not been fair with him, while Allah is the Most Just.

Ujian dan dugaan

بسم الله الرحمن الرحيم
وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 3)



Seorang yang berbadan sasa dan mantap perlu melalui latihan serta ujian fizikal dan mental untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, Sabar juga kunci, utk tepis godaan2 lemak atau kerehatan berlebihan. Untuk kekalkannya, perlu latihan yang berterusan dan istiqamah.
Untuk mendapatkan iman dan amal yang mantap, juga perlu latihan dan usaha secara istiqamah, ilmu serta kesabaran. Mari berlatih bersangka baik kepada Allah swt.

hilangkan kekusutan...kembali lah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Solat yang khusyuk mendekatkan kita kepada Allah. Dengan mendekatkan diri kita kepada Allah, hati akan menjadi tenang. Hati akan tenang dengan kebaikan dan gelisah dengan kejahatan.
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Thursday, June 9, 2011

planet bertawaf

بسم الله الرحمن الرحيم

Planet-planet bertawaf mengelilingi matahari


Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran.

Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan." (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

Saturday, May 21, 2011

laugh...laugh...

بسم الله الرحمن الرحيم

salah dan kesalahan ...bersalahan

بسم الله الرحمن الرحيم

say it ..say now

بسم الله الرحمن الرحيم
Mama says, FRIENDS tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... Daddy says, FRIENDS tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... Grandfather says, FRIENDS tu seperti air terus mengalir..... Grandmother says, FRIENDS tu Abak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! Brother says, FRIENDS tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ Sister says, FRIENDS tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... Me says, FRIENDS tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan.. tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan saya... itu cara saya berkawan..!! If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga. kirim balik jika kamu anggap saya teman selamanya, kirim ke semua temanmu. lihat berapa banyak teman yg sayang kamu.... LoVe yOu

zikir munajat

بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, May 20, 2011

Semakan penempatan PPG



Semakan Penempatan Bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru (IPG)

 anda boleh buat semakan,muat turun borang ....di  http://www.moe.gov.my

Wednesday, May 11, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Liwat isteri? post 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Hukum Liwat Isteri

Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.”(Riwayat An-Nasai)

Jelas di dalam hadis di atas bahawa Islam sangat melarang umatnya melakukan hubungan sex melalui lubang dubur isterinya, kerana perbuatan ini adalah perbuatan luar tabie dan sangat dibenci oleh Allah. Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan sex dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri , duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Liwat isteri? post 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak Wajib Isteri Mentaati Suami Atas Perkara Yang Mungkar

Isteri wajib mentaati perintah suami selagimana perintah suami itu tidak bercanggah dengan prinsip dan undang-undang Islam. Contohnya suami menyuruh isteri mencuri dengan tujuan untuk membantu suami menampung perbelanjaan dapur, isteri tidak wajib mengikuti perintah suami tersebut yang menyuruhnya mencuri, malah isteri wajib menegur suaminya supaya bertaubat dan mengatakan bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah di sisi Islam. Begitulah persoalan yang ditanyakan di atas bahawa hukum suami menyuruh isteri menonton filem lucah dengan alasan belajar cara berjimak adalah dosa dan haram bagi isteri yang mentaati perintah suami tersebut, kerana perintah itu jelas perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Tolong menolonglah kamu atas perbuatan baik dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong atas perbuatan keji dan dosa”.

Dosa besar bagi sesiapa yang menonton filem lucah, kerana Islam melarang umatnya menonton aurat orang lain, apatah lagi filem tersebut dapat membangkitkan syahwat orang yang menontonnya. Filem ini juga dapat menyumbangkan perlakuan maksiat dikalangan orang yang melihatnya. Salah bagi suami isteri yang melihat untuk mempelajari teknik atau adegan sex dari filem tersebut, kerana teknik sex yang ditayangkan dalam filem tersebut banyak bercanggah dengan Islam seperti liwat, tukar-tukar pasangan, sex berkumpulan, sex oral dan sebagainya. Lihat lebih lanjut perbahasan melihat filem lucah ini di sini.

Islam mempunyai cara melakukan sex yang baik dan telah diajar oleh Nabi Muhammad saw dengan memberikan kenikmatan, penuh adab, kelembutan, belaian dan tanpa mengecewakan kepada pasangan masing-masing. Banyak buku-buku di pasaran yang boleh anda baca dan pelajari cara sex yang diajar oleh Islam.




Hari ibu sebenarnya hari .....

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum ustaz.

Mintak pandangan Ustaz tentang sambutan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada Ahad kedua bulan Mei( hari ini 8 Mei 2011 ), kerana saya terbaca satu artikel yg mengatakan sambutan hari ibu itu bagi mengenangkan "mother of church" satu perayaan bagi agama kristian. Sememangnya kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu, tetapi jika tarikh tersbeut dijadikan tarikh khusus untuk sambutan hari ibu tanpa niat untuk menyambut perayaan tersebut cara orang kirstian...apakah hukumnya?

Minta pandangan Ustaz..

Sekian,terima kasih.
Jawapannya 

Sebelum ini saya tidak berani untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Hari Ibu ini sebab segala dakwaannya belum jelas dan sahih lagi. Baru-baru ini saya cuba mencari artikel-artikel yang berkaitan Hari Ibu kebanyakkannya mendakwa perayaan tersebut adalah daripada upacara Agama Kristian.

Monday, April 18, 2011

AlQuran ayat ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم


More prove about the trurh of Al Quran..who deny'it?


PenanGAN CIkgu

بسم الله الرحمن الرحيم
kreatif..asalkan tak langgar tata susila perhubungan, dan aurat wanita...

Sunday, April 17, 2011

Tukar posisi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,
Dengan berkatNya, saya sekarang bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Telok Kechai...alhamdullilah..semoga pekerjaan ini akan menambah barakah di dalam hidup,beribadah kepada Allah..AMIN

berselawat lah

بسم الله الرحمن الرحيم


CAHAYA MUKA NABI MUHAMMAD SAW

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : " Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada Tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah saw Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya : " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA

Friday, April 15, 2011

PeNGUNjung BakaRAT

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.

Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :

Tuesday, April 5, 2011

mengunjung

بسم الله الرحمن الرحيم

PendahuluanKematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam..

Kencing berdiri

بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran

TemUDuga

بسم الله الرحمن الرحيم


Temuduga Sbg “Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:
  1. Ahli Syurga Dari Awal.
  2. Ahli Neraka Dari Awal.
  3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
  1. Nikmat Kubur.
  2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
  3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
  1. Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
  2. Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
  3. Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
  4. Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
  5. Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:
  1. Siapa Tuhan Anda?
  2. Apa Agama Anda?
  3. Siapa Nabi Anda?
  4. Apa Kitab Anda?
  5. Di Mana Kiblat Anda?
  6. Siapa Saudara Anda?


Cara Memohon:

Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Wednesday, March 30, 2011

syiling Kijang Emas

بسم الله الرحمن الرحيم

Membeli syiling Kijang Emas


Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?
Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?
Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sinihttp://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas
Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?

1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.
Gambar: Sijil belian Kijang Emas
p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.
Gambar: Cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas

Apakah kebaikan membeli Kijang Emas ini?

1. harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM3000 ++). Tapi kalau nak tengok harga harian Kijang Emas, boleh lawati laman web Bank Negara malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
2. Syiling ini ketulenannya ialah 999 (24 Karat). Jadi mutu emasnya terbaik.
3. Anda boleh membeli syiling Kijang Emas ini di Maybank, tapi cawangan tertentu sahaja. Jangan lupa bawa IC. 
4. Syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . Ini boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. So dah untung.
5. Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau tak ada duit :) anytime

Antara kelemahan membeli syiling Kijang Emas.

1. Kena bayar cash ( kalau kat kedai emas biasa boleh beli pakai kredit card)
2. Nak kena pergi Maybank awal-awal pagi. Kalau kat Melaka nie staff Maybank minta datang sebelum 12 tengahari.
3. Maybank punyalah sibuk… saya kena tunggu sejam, baru dapat beli.
4. Maybank staff akan beritahu yang syiling nie kena jaga elok-elok. tak boleh bengkok atau terguris sewaktu nak jual balik. kalau bengkok, mungkin Maybank tak akan beli balik. Lagi satu, jangan lupa bawa resit asal sewaktu anda membeli Kijang Emas ini sewaktu hendak menjual balik syiling ini.
Rasanya itu sahaja kelebihan/kelemahan yang saya dapat kenalpasti.
Sekarang, mari kita lihat harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun).
18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!
Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )
Amacam? nak beli emas tak??

Beli emas fizikal

بسم الله الرحمن الرحيم


Membeli emas fizikal di kedai emas


Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?
Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.
1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.
Cuma 5 minit driving dari rumah saya.
Yang bestnyer kat situ ada jual PAMP Suisse gold bar.
2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.
 
Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan.
.
Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.
Gambar: Ini adalah gold bar Poh Kong Bunga Raya. Klik untuk besarkan
.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.
4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%
Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.
Kebaikan membeli di kedai emas.
1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.
3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand :) kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.
4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit :)
5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.
Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.
1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.
2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.

Untung

بسم الله الرحمن الرحيم
Untung ka?



mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer