Masalah sosial ini tidak akan selesai selagimana kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Islam sahaja yang mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan. Ini juga telah ditegaskan oleh Syeikh Sayyid Al-Qutb dengan mengatakan bahawa Islam sahajalah wadah yang mampu untuk memberikan keadilan sosial bagi umat sejagat. Firman Allah SWT yang berbunyi :
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah : 208)
Mari kita renung dan selidiki kalam Allah di atas ini, jelas bahawa Agama Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk mencegah dan merawat masalah sosial ini. Untuk memastikan formula ini berkesan, maka para pendakwah hendaklah menyusun strategi yang baik untuk mengatasi masalah sosial ini. Para pendakwah perlu mempunyai sikap yang kreatif dan inovatif untuk melaksanakan segala dakwahnya.
No comments:
Post a Comment