Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, December 21, 2013

15 PERKARA

بسم الله الرحمن الرحيم

15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. bersabda;
"Apabila umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan satu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana di takuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah di minum merata tempat
12. Kaum sutera banyak di pakai oleh kaum lelaki
13. Para artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak di mainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain."

H.R. Tirmizi

Petikan dari buku '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman' susunan Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

Nota : Semua perkara yang disebutkan memang nyata berlaku dalam masyarakat sekarang. Apakah tindakan kita?
Berpeluk tubuh dan hanya menunggu?
Tambahkan ibadat dan berdoa, tapi tidak melakukan amar makruf nahi mungkar?
Menjerit marah dan geram menyalahkan orang lain, tapi diri sendiri tidak langsung melangkah memperbaiki diri?


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/12/15-perkara-yang-menurunkan-bala.html#ixzz2o73FxNuw

Ustaz... Mu Tunggu Aku Datang...David Teo Malukan Penerbit Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم


Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
Satu lagi hasil arahan Pierre Andre – selepas Highland Tower namun berlainan genre – mengambil seorang Ustaz untuk menyampaikan mesej agama dalam wayang dianggap tidak releven bagi sesetengah individu. Ada yang mengatakan bahawa ini ialah satu lagi kejayaan memanipulasi umat islam oleh David Teo.
Yeah… Bagi aku tak payah nak melenting sangat – jangan cepat melatah. David Teo dengan misi dia sendiri meningkatkan jualan – keuntungan dan UAI juga ada misi sendiri iaitu menyapaikan dakwah namun dari media yang berbeza (ia adalah suatu situasi menang-menang).

ijoks2009- -Demikian ulasan blog sukasedap.com

Bagi saya Filem ini telah mencelikkan mata para penerbit muslim untuk menerbitkan filem yang benar-benar mengikut syariat islam dengan genre santai-dakwah.Walaupun mungkin akan ada yang mengkritik filem ini atas pelbagai alasan mereka,sekurang-kurangnya filem ini telah membuka mata penggiat filem muslim bahawasanya dimana ada kemahuan disitu ada Highway,hehe..

Apa yang uniknya dalam filem ini saya lihat tidak ada seorangpun pelakon wanita yang terlibat jadi tak ada masalah perentuhan antara bukan mahram di situ,Syabas Pierre Andre

Satu perkara lagi,kalau david Teo,seorang bukan islam boleh mengeluarkan filem islam kenapa penerbit muslim sendiri tidak perbanyakkan filem-filem sebegini?

Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang,David Teo Malukan Penerbit Muslim http://ijoks2009.blogspot.com/2013/12/filem-ustaz-mu-tunggu-aku-datangdavid.html#ixzz2o71w1Fjf
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Sunday, November 17, 2013

7 Perangkap Iblis


بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam mencapai kecintaan tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT, adalah menjadi kewajiban kepada setiap jiwa yang mengaku Muslim dan beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya untuk memperdalamkan ilmu dengan segala daya tenaga.

Di dalam perjalanan untuk mencari ilmu yang asrar yakni tinggi tahap fahamnya serta pelbagai kemuliaan yang khatir, maka bersedialah dalam mengorbankan tenaga serta memerah usaha kepada guru-guru yang mursyid dalam memahami tingkatan tipuan syaitan.

Pelbagai daya syaitan dan iblis dalam meminggirkan usaha mukmin daripada ibadah kepada ALLAH SWT;

1. Syaitan dengan berterusan melarang manusia daripada taat kepada ALLAH.

Sedangkan kepada orang-orang yang sentiasa patuh kepada ALLAH SWT pasti menolak ajakan syaitan dengan berkata “aku mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT. Untuk itu, hanya bekalan di dunia ini mampu membawaku kepada akhirat yang kekal”.

2. Dalam ibadat juga syaitan akan memujuk manusia meninggalkan taat kepada ALLAH SWT. Kata syaitan laknatullah ; “lakukan ibadatmu di waktu tua, masa masih muda”.

Bagi hamba ALLAH SWT yang terpelihara pasti menyatakan “Kematianku bukan terletak ditanganmu wahai syaitan dan iblis laknatullah. Sekiranya aku menundakan beramal pada hari ini untuk hari esokku, dapatkah aku beramal pada masa yang akan datang? Sedangkan mati itu sahaja tidak tahu bila bakal menjemputku. Apakah yang akan ku jawab didepan Tuhanku?”

3. Sifat tergesa-gesa adalah sifat syaitan. 

Nama-nama anak syaitan laknatullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Meja www.peceq.blogspot.com 

Nak tampilkan entry ini pun ada gangguan syaitan laknatullah. Begitulah syaitan laknatullah sering mengancam Iman Umat Islam. Sama-sama kita bermohon Perlindungan Allah S.W.T..
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

> > 1. Zalituun
> > Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
> > Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
> >


> > 2. Wathiin
> > Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T..
> >
> > 3. A'awan
> > Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
> > Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
> > dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
> >
> > 4. Haffaf
> > Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat 

> > maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
> >
> > 5. Murrah
> > Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah S.W.T.. 

> > Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
> >
> > 6. Masuud
> > Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja 

> > penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
> >
> > 7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak 

> > memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan 
> > rumahtangga, suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang 
> > pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah 
> > tangga lagi.
> >
> > 8. Walahaan
> > Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan 
> > menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
> >
> > 9. Lakhuus
> > Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Nama-nama anak syaitan laknatullah. http://ijoks2009.blogspot.com/2013/11/nama-nama-anak-syaitan-laknatullah.html#ixzz2kt0yKADO
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Friday, November 8, 2013

Amalan sunat hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم



Jumaat antara waktu doa di makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan. Semoga semua sihat-sihat hendaknya ,sebab macam-macam penyakit sekarang. Untuk semua, kuatkan hati,insyaallah boleh ! Hehe. Jom baca apa amalan dan perkara yang boleh di amal pada hari jumaat dan kalau boleh tiap-tiap hari lagi cool .

1. Perbanyakkan selawat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: 
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)

Maksudnya: Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i) 

2. Membaca surah Al-Kahfi

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.

Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)

4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.

Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur

5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.

Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Sekian.  Take care !  Renung-renungkan,selamat beramalWassalam.


Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2011/03/amalan-sunat-hari-jumaat.html#ixzz2jz1aOqUO

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals