بسم الله الرحمن الرحيم
MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154
cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam
sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.
Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.
Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.
Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.
Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial
menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai
masjid.
Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi
memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam
kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).
“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.
“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.
“Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah,” katanya. – AFP
Sesungguhnya....
Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Followers the INFO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment