Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Wednesday, March 30, 2011

syiling Kijang Emas

بسم الله الرحمن الرحيم

Membeli syiling Kijang Emas


Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?
Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?
Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sinihttp://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas
Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?

1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.
Gambar: Sijil belian Kijang Emas
p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.
Gambar: Cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas

Apakah kebaikan membeli Kijang Emas ini?

1. harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM3000 ++). Tapi kalau nak tengok harga harian Kijang Emas, boleh lawati laman web Bank Negara malaysia di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
2. Syiling ini ketulenannya ialah 999 (24 Karat). Jadi mutu emasnya terbaik.
3. Anda boleh membeli syiling Kijang Emas ini di Maybank, tapi cawangan tertentu sahaja. Jangan lupa bawa IC. 
4. Syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . Ini boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. So dah untung.
5. Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau tak ada duit :) anytime

Antara kelemahan membeli syiling Kijang Emas.

1. Kena bayar cash ( kalau kat kedai emas biasa boleh beli pakai kredit card)
2. Nak kena pergi Maybank awal-awal pagi. Kalau kat Melaka nie staff Maybank minta datang sebelum 12 tengahari.
3. Maybank punyalah sibuk… saya kena tunggu sejam, baru dapat beli.
4. Maybank staff akan beritahu yang syiling nie kena jaga elok-elok. tak boleh bengkok atau terguris sewaktu nak jual balik. kalau bengkok, mungkin Maybank tak akan beli balik. Lagi satu, jangan lupa bawa resit asal sewaktu anda membeli Kijang Emas ini sewaktu hendak menjual balik syiling ini.
Rasanya itu sahaja kelebihan/kelemahan yang saya dapat kenalpasti.
Sekarang, mari kita lihat harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun).
18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!
Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )
Amacam? nak beli emas tak??

Beli emas fizikal

بسم الله الرحمن الرحيم


Membeli emas fizikal di kedai emas


Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?
Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.
1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.
Cuma 5 minit driving dari rumah saya.
Yang bestnyer kat situ ada jual PAMP Suisse gold bar.
2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.
 
Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan.
.
Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.
Gambar: Ini adalah gold bar Poh Kong Bunga Raya. Klik untuk besarkan
.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.
4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%
Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.
Kebaikan membeli di kedai emas.
1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.
3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand :) kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.
4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit :)
5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.
Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.
1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.
2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.

Untung

بسم الله الرحمن الرحيم
Untung ka?



MENGAPA EMAS

بسم الله الرحمن الرحيم



Selamat datang 

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:
Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!
Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:
Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)
Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

3. Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Antaranya ialah:
ATAU MELABUR DI VGMC..... 
Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan:)

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer