Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, June 17, 2012

pecah dan belah,huru dan hara

بسم الله الرحمن الرحيم

Perbezaan pendapat dikalangan umat Islam dalam cabang syariah atau perundangan Islam dianggap sebagai satu rahmat kerana di sebalik perselisihan pendapat ini telah membawa satu pertemuan, perbincangan dan perbahasan di antara alim ulama yang pakar dalam bidang tersebut sehingga satu keputusan dapat dibuat. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat di dalam bidang akidah dan usul syariah lebih cenderung kepada malapetaka yang boleh memecah-belahkan umat dan dikuatiri dapat melemahkan perpaduan dan akidah umat Islam. Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang berpecah belah mengikut kumpulan tertentu, ta'asub kepada kepimpinan tertentu sehingga tidak dapat menilai kebenaran dan kepalsuan.


Kesan daripada perpecahan ini boleh membawa kualiti hidup yang lemah, meruntuhkan umat dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu golongan daripada mereka itu di dalam syurga dan tujuh puluhnya di dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu mereka di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga.Demi tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada di dalam syurga, dan tujuh puluh dua daripada mereka di dalam neraka. Baginda di tanya siapakan mereka yang masuk syurga itu, jawab baginda Jamaah.(Riwayat Ibn Majah)
Asas segala akidah ialah beriman kepada Allah SWT iaitu kepercayaan kepada keesaan-Nya dan kepercayaan diatas kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah SWT secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara-perkara yang membawa kepada syirik baik secara i'tiqad atau tingkahlaku. Islamlah agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, iaitu agama yang menjamin umat Islam kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat . Firman Allah SWT dalam surah Ali- Imran ayat 19: Bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. "
Dan firman-Nya lagi dalam surah Ali Imran ayat 85:Bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi" Dalam era masa kini telah mendedahkan umat Islam kepada pelbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, fahaman liberalisme, pluralisme dan komunisme,Nasionalisme serta unsur-unsur negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya songsang seperti black metal, budaya punk, gejala gay, seks bebas dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian mimbar, gejala ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya kepincangan keimanan anggota keluarga terutamanya ibu-bapa sebagai ketua keluarga sedangkan dialah yang paling utama dalam mendidik anak-anak kepada penghayatan ajaran dan akidah Islam.

1 comment:

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer