Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Sunday, July 25, 2010

Tiang ku.....

بسم الله الرحمن الرحيم
pix_middle

Pelajar IPT Cari Ketenangan Kelab Malam


KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.

“Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa,” katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

1 comment:

  1. Mengucap ana bila baca berita ni,..anak-anak muda kita dah hanyut..perkara mungkar ibarat minum teh di waktu pagi..TAKDE MENDE...inikah generasi yang akan mewarisi dunia kita...sedarlah..hidup sementara ini sekejap..kejarlah akhirat...

    ReplyDelete

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer

Amazon Deals