Sesungguhnya....

Sesungguhnya....

Mengikut Blog Yang Baik Kandungan Dan Manfaat


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Followers the INFO

Saturday, August 28, 2010

Kita ni dah jadik JAHILLIAH ke?

بسم الله الرحمن الرحيم


“Dan  apabila dikhabarkan  kepada  seseorang  daripada  mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang  dia  menahan  perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang  ramai  kerana  (berasa  malu  disebabkan)  berita  buruk  yang   disampaikan  kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah  dia  akan  memelihara  anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan  menanamnya  hidup-hidup  di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (Surah al-Nahl, ayat 58-59)


Apa dah jadi dengan masyarakat kita kini? Semakin dikutuk perbuatan membuang bayi, semakin menjadi pula perlakuannya. Hari ini dilancarkan kempen kesedaran untuk menyelamatkan bayi yang dikandung atas rasa ihsan dan perikemanusiaan, namun keesokannya lain pula cerita dipaparkan di dada akhbar. Semalam di Kulim, seorang remaja perempuan berumur 12 tahun ditangkap sedang bersetubuh dengan seorang lelaki yang berumur 31 tahun di sebuah taman. Di bulan puasa pun mereka tergamak melakukan maksiat zina. Sementara seorang lelaki lain turut berada di rumah itu ketika kejadian ditangkap bersama. MasyaAllah!!

Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi gejala negatif ini. Namun, apa yang berlaku seolah-olah  bukan menjadi kesalahan kepada mereka yang membuang bayi dikandung sendiri. Bayi yang terhasil daripada hubungan haram itu suci dan tidak berdosa. Yang berdosanya mereka yang terjebak  dengan gejala tidak bermoral itu.

Moral amat berkait rapat dengan akhlak dan sahsiah seseorang yang melambangkan tahap  peradaban. Moral sering dinilai dari sudut agama tanpa  mengira masa dan zaman. Apabila manusia melakukan perbuatan tidak bermoral, bermakna mereka menghancurkan tamadun yang dibina.

No comments:

Post a Comment

mangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INFO eReferrer